Empat kisah di sebalik kesetiaan para pemilik Honda

oleh Mohamad Hanif|
'Sejuta Impian, Sejuta Pemandu'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan pencapaian penjualan sejuta unit kenderaan dan kempen 1 Million Dreams, Honda Malaysia telah menemubual empat orang pemilik setia Honda untuk berkongsi apakah kisah di sebalik kesetiaan mereka terhadap jenama 'H' itu.

Mereka adalah Lim Qi Hong, seorang juruterbang berusia 31 tahun, Achu dan Khaviraj, pasangan bapa dan anak masing-masing berusia 74 dan 47 tahun, dan Mohamad Badrul Munir Mohd Nadzri, pentadbir sistem berusia 58 tahun.
 
Antara soalan yang diajukan kepada pemilik setia ini adalah memori mereka pertama kali di dalam sebuah kereta Honda.

 


Menurut Lim, pada tahun 1990, beliau yang pada ketika itu baharu sahaja dilahirkan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menggunakan Honda City Turbo milik pakciknya sendiri.

Semangat cintakan jenama Honda itu nampaknya sudah pun tertanam di dalam keluarga Lim, di mana beliau juga turut tertarik dengan model ikonik Honda S2000 sebelum 'jatuh cinta' dengan Honda Civic generasi kesepuluh yang digelar sebagai Victoria - bersempena dengan nama isteri pemain bola terkenal David Beckham.

Secara kebetulan, kereta pertama yang dimiliki oleh bapanya juga merupakan sebuah Honda Civic generasi pertama pada tahun 1980-an.

Bagi Lim, Civic bukan sekadar bertindak sebagai mod pengangkutan, ia adalah simbol warisan yang bermakna antara beliau dan bapanya.

 

 


Sentimen itu juga dikongsi oleh duo bapa dan anak, Achu dan Khaviraj yang telah menjadi pendokong tegar Honda lebih dari sedekad.

Menurut Achu, beliau jatuh cinta buat kali pertama apabila menyewa sebuah Honda Accord bagi menyempurnakan tugas beliau di dalam industri pelabuhan, sebelum membuat keputusan membeli kereta pertamanya, Honda Accord pada tahun 2008.

Bagi Achu, antara memori yang paling berharga buat beliau adalah  melihat cucu kecilnya berborak dan ketawa di tempat duduk  belakang Honda Accord miliknya.

Bapa borek, anak rintik.

Sifat yang sama turut dikongsi oleh anaknya, Khaviraj apabila Honda CR-V menjadi pilihan utama beliau sebagai kereta keluarga.

"Saya gemar membawa isteri dan anak untuk berjalan-jalan di dalam CR-V. Saya suka akan keluasan yang ditawarkan oleh CR-V, ia terbaik di dalam kelasnya.

 


Bagi Mohamad Badrul, kereta pertama yang dimilikinya adalah Honda City yang dibelikan untuk arwah isterinya pada tahun 2015, sebelum menambah sebuah Civic pada tahun 2018.

Walaupun bercita-cita untuk memiliki Honda Accord, Honda City tetap mendapat tempat teristimewa di dalam hati Badrul.

Bertugas di dalam industri teknologi maklumat (IT) memerlukan beliau mengembara, dan Honda City merupakan teman kembara beliau yang terbaik disebabkan penjimatan bahan api dan ketahanan mencapai jarak perbatuan 5,000 km dalam masa sebulan, tanpa sebarang masalah.

Adakalanya, beliau juga turut menggunakan City untuk membawa arwah isterinya berjalan-jalan, dan ia merupakan salah satu memori yang sentiasa dikenang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…