Eau De New Car - bauan untuk orang yang berjaya!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak ramai di antara kita yang berpeluang untuk menikmati bau kereta yang baharu keluar dari pusat pameran, namun mahukah anda sekiranya diberikan peluang untuk 'memakai' bau-bauan ini?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jangan tersalah faham, bauan ini sebenarnya bukanlah untuk kereta anda yang sudah bertahun tidak dibasuh itu, akan tetapi untuk anda dilihat sebagai seorang yang 'sangat berjaya', menurut Auto Trader. 

Dinamakan sebagai Eau De New Car, wangian ini dirujuk sebagai wangian yang wajib dimiliki oleh orang-orang yang mahu memiliki bauan orang yang berjaya. 

Malah, menurut kajian yang dijalankan, lebih 25 peratus daripada responded mendakwa bau kereta baharu menandakan kejayaan seseorang, dan tiada bau yang lebih sesuai dan lebih menarik perhatian untuk dipakai melainkan bau kereta baharu. 

Seperti penerangan di atas, wangian Eau De New Car memiliki bauan yang menyerupai aroma bahan organik yang berasal daripada bahan-bahan yang digunakan di dalam kenderaan baharu.

 

Harga jualan untuk wangian bau kereta baharu ini? 

£175 sahaja atau RM933 untuk sebotol wangian berkapasiti 50 mililiter itu. 

Untuk berbau seperti orang yang berjaya pun tidak datang dengan harga yang murah.

Sumber: Auto Trader

Berita Berkenaan

Berita Global
Malah, sebuah syarikat di Eropah berjaya menghasilkan wangian menggunakan asas daripada 'bau kereta…