EASTERN BOBBER MOTOR GATHERING 2023 DISAMBUT LEBIH MERIAH

oleh Penyumbang Rencana 2|
ACARA penghimpunan motosikal custom, Eastern Bobber Motor Gathering 2023 yang berlangsung pada 24 Disember lalu di sambut dengan lebih meriah dan ramai pengunjung.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Acara yang berlangsung selama satu hari sahaja itu merupakan acara tahun kedua kali ini dan ia berlangsung di TTDI Grove Kajang dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

 

EASTERNBOBBER

 

Eastern Bobber Motor Gathering kali ini berjaya menghimpunkan ribuan penunggang dan peminat dari pelbagai motosikal jenis custom, cafer racer, bobber, chopper dan lain-lain lagi.

Acara ini merupakan anjuran oleh Naib Juara dunia di AMD World Champion of Bike Building 2018, Omar Jumiran yang juga wakil tunggal negara di kejohanan tersebut.

 

EASTERNBOBBER

 

Di acara kali ini, beliau berjaya mengumpul hampir lebih kurang 30 buah motosikal custom hasil karya beliau dan Eastern Bobber, dan 15 buah daripadanya berkonsep 70’s Long Fork Chopper.

 

EASTERNBOBBER

 

Salah satu hasil motosikal custom Eastern Bobber tersebut disembur grafik menarik dengan slogan “Good To See You”, ia diilhamkan bersempena untuk acara tersebut menyambut buat tahun kedua kali ini.

 

EASTERNBOBBER

 

Sebagai penganjur acara, Omar juga berkata, untuk penganjuran tahun kedua kali ini adalah lebih ramai sambutan dan lebih meriah.

 

EASTERNBOBBER

 

“Acara kali ini dianggap berjaya mencapai sasaran kerana orang ramai tidak berhenti hadir sehingga jam 9 malam.

“Rata-rata pengunjung berasa gembira dengan acara kedua anjuran Eastern Bobber dan berharap acara seperti ini akan diteruskan di masa akan datang”katanya.

Selain menjadi acara penghimpunan motosikal, acara ini menjadi salah satu platform dimana setiap penunggang dan peminat motosikal boleh bertukar buah fikiran untuk mengeratkan hubungan antara penunggang-penunggang dan peminat-peminat motosikal tersebut.

 

EASTERNBOBBER

 

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan di acara penghimpunan motosikal tersebut, antaranya adalah bbq, cabutan bertuah, dan beberapa aktiviti jualan dari Eastern Bobber serta vendor perniagaan yang lain.

Yang menariknya, hadiah cabutan bertuah acara ini merupakan casis rigid custom dari Eastern Bobber dan ia di menangi oleh saudara Herman Ahmad Baseer.

 

EASTERNBOBBER

 

Di sebelah petang acara tersebut, diadakan ‘Sunset Ride’ yang merupakan tradisi untuk acara tersebut untuk menunggang motosikal beramai ramai sejauh lebih kurang tujuh kilometer.

 

EASTERNBOBBER

 

Omar merancang di masa akan datang, acara penghimpunan ini akan kekal menjadi acara tahunan dan akan dirancang dengan lebih baik serta lebih teliti untuk menarik lebih ramai pengunjung.

 

PENULIS : FIRDAUS RAZANI

Berita Berkenaan

Berita Global
Motosikal Bone X yang melibatkan pelaburan melebihi RM30,000 itu mencuri hati juri-juri dengan…