Omar Jumiran - naib juara dunia di Cologne

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengalaman menghasilkan lebih dari 200 buah motosikal custom sejak tahun 2009 sudah membuahkan hasil untuk Omar Jumiran, pemilik Eastern Bobber Garage.

Anak jati Klang itu meraih tempat kedua di dalam Kejuaraan Dunia Pembinaan Motosikal Custom AMD yang berlangsung di Cologne, Jerman semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Motosikal Bone X yang melibatkan pelaburan melebihi RM30,000 itu mencuri hati juri-juri dengan keunikan serta keringkasan konsepnya.

Bersalut krom, segala fungsi mekanikal motosikal terutama di bahagian sistem gantungan diserlahkan sebagai satu hasil seni.

 

 

Omar merupakan satu-satunya peserta dari Malaysia yang bertanding di dalam acara itu.

Beliau mula dikenali ramai di Malaysia melalui hasil kerjanya. Video motosikal Batpod dari Malaysia juga adalah hasil bengkel beliau di Kajang.

 

 

AMD World Championship dianjurkan oleh majalah AMD dan acara itu mendapat publisiti yang maksimum di dalam dunia motosikal Eropah kerana ia dilangsungkan sekali dengan Intermot.

Cara penjurian juga unik kerana penghakiman motosikal dilakukan oleh mereka yang bertanding, dan dibantu oleh beberapa hakim VIP dari industri tersebut.

Tahniah!