Duti kastam terkurang kutip: 105 pemilik kenderaan palsu dokumen dikenal pasti

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pasukan petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengenal pasti 105 pemilik kenderaan yang disahkan memalsukan dokumen, dalam siasatan isu duti kastam terkurang kutip bagi kenderaan import di pulau bebas cukai (PBC).

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemilik kenderaan berkenaan didapati telah memalsukan dokumen pembuktian taraf pemastautin dan penipuan berkaitan alamat pemastautin pemilik kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Tindakan mengesan dan menyiasat pemilik kenderaan sedang dilakukan oleh pasukan petugas yang ditubuhkan pada 1 Jun lepas.

"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti mencukupi, maka tindakan jenayah dan sivil akan diambil terhadap pemilik kenderaan ini," katanya ketika menggulung usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang dibahaskan oleh 19 senator di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Ahmad, pasukan petugas JKDM turut mengenal pasti sindiket yang terlibat menjadi orang tengah dalam memalsukan dokumen semasa proses pendaftaran kenderaan import di kawasan PBC.

Menurut LKAN 2021 Siri 2 yang dikeluarkan pada Februari lepas, terdapat kelemahan dalam kutipan duti kastam bagi kenderaan import di PBC sekali gus menyebabkan duti kastam berjumlah RM72.32 juta terkurang kutip pada 2021.

Ahmad berkata JKDM sedang memperkemas prosedur dan peraturan mengenai syarat bermastautin dan pemilikan kenderaan tidak dipatuhi, berikutan teguran LKAN terhadap jumlah terkurang kutip duti kastam.

"Semakan mendapati bahawa daripada jumlah RM72.32 juta terkurang kutip itu, sebanyak RM146,424.49 yang disebabkan oleh pengiraan duti eksais tidak tepat di Labuan telah dipungut semula," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu…
Berita Domestik
Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian itu berlaku di lorong pemeriksaan…
Berita Domestik
"Bagi kenderaan klon ini ianya diseludup dari Singapura. "Kenderaan (motokar) diklasifikasikan…