Ducati Streetfighter bakal mendarat di Malaysia suku keempat tahun ini (Q4 2020)

oleh Mohamad Hanif|
Pasti ramai yang tertarik dengan penampilan jahat motosikal Ducati Streetfighter V4 yang diperkenalkan pada tahun lalu pada acara Ducati World Premiere, dan tertanya-tanya bilakah model ini bakal masuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah risau kerana menurut satu sumber, Ducati Malaysia difahamkan akan membawa masuk model naked tersebut ke tanah air menjelang suku keempat tahun ini.

Setakat ini, tiada sebarang tarikh sebenar diberikan berhubung pelancaran rasmi Ducati Streetfighter V4 ini.

Ducati Streetfighter V4 secara asasnya merupakan kembar naked kepada jentera Ducati Panigale V4 dan hadir dengan nadi Desmosedici bersesaran 1,103 cc yang menghasilkan 208 kuasa kuda dan 122.6 Nm daya kilas.

 


Bagi yang merasakan tidak cukup, terdapat sebuah lagi varian Streetfighter yang lebih berkuasa, Ducati Streetfighter V4 S dengan 216 kuasa kuda!

Kuasa itu tadi digandingkan dengan transmisi Ducati Quick Shift Up and Down (DQS) EVO 2 yang membenarkan pengguna menukar gear tanpa klac, selain memanfaatkan data sudut condong bagi memastikan penukaran gear yang lebih lancar ketika mengambil selekoh.


Untuk 'membantu' penunggang menjinakkan kuasa liar itu tadi, Ducati telah mendatangkan pakej elektronik terkini yang dibangunkan berdasarkan Unit Pengukuran Inertia enam paksi (6D IMU) serta ciri-ciri seperti:       

  • ABS Cornering EVO
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Power Launch (DPL)
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO
  • Ducati Electronic Suspension (DES) EVO
     


Ducati Streetfigher V4 dilengkapkan dengan tiga mod tunggangan, iaitu Race, Sport dan Road yang mengadaptasi ciri tetapan seperti pra-muatan sistem suspensi dan kawalan ABS yang diinginkan.

Ciri ini boleh diakses menerusi skrin TFT bersaiz 5 inci yang diposisikan bertenggek di atas lampu utama.

Sebagai rujukan, harga jualan Ducati Streetfighter V4 diluar negara bermula dari €19,990 (RM93,189) manakala Ducati Streetfighter V4 S pula boleh didapati pada angka €22,990 (RM107,175).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Waranti Kilang Ever Red 3 Tahun Ducati Malaysia adalah program waranti eksklusif yang direka khusus…
Berita Domestik
Bermula hari ini hingga 30 September, pelanggan yang berminat untuk membeli motosikal Ducati serba…
Pelancaran Motosikal
Scrambler 2023 datang dengan 3 varian iaitu Icon, Full Throttle dan Nightshift yang tampil dengan…