Ducati Panigale V4 Streetfighter - 10 unit sahaja atas dunia

oleh Mohamad Hanif|

Ducati Panigale V4 merupakan salah sebuah superbike dengan reka bentuk yang amat garang di dalam pasaran sekelasnya, namun sekiranya anda mahukan lebih daripada itu, serahkan tugas itu kepada firma rekaan dari Itali ini. 

Ya, motosikal streetfighter ini asalnya merupakan sebuah Ducati Panigale V4 yang telah diberikan nafas yang lebih garang, terima kasih kepada Officine GP Design yang membina tidak lebih daripada 10 unit motosikal khas ini. 
 


Antara perubahan ketara yang didatangkan pada motosikal ini ialah fork USD telah digantikan dengan fork kustom diperbuat daripada solid billet aluminium dibantu oleh penyerap hentakan Ohlins. 

Bahagian tangki dan rangka motosikal ini telah disadurkan dengan warna kuprum yang diadun khas, manakala lampu utama pula dipinjamkan daripada model Diavel. 

Dari segi kuasa pula, tidak diterangkan apakah peningkatan yang telah dilakukan, jadi adalah selamat untuk kita anggap ia masih mampu menjana 211 hp daripada enjin 1,103 cc V4 desmodromic 90 darjah. 
 


Harganya juga cukup keras, dengan 10 unit sahaja dibina, anda mungkin perlu membelanjakan duit berjumlah £87,000 (RM467 ribu) untuk sebuah streetfighter yang serba terhad ini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ducati memberi tumpuan supaya model ini lebih ringan dan seronok untuk ditunggang dan gaya…
Berita Global
Selepas empat tahun berdiam diri, Ducati kembali menganjurkan acara globalnya, World Ducati Week (…
Berita Global
  Lebih 33 ribu motosikal Dari segi jualan pula, sebanyak 33,265 motosikal dihantar kepada…