Ducati Hypermotard dengan ekzos Termignoni, komponen karbon

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ducati Hypermotard dengan pakej aksesori
Ducati Hypermotard dengan pakej aksesori
Dalam kemeriahan pelbagai motosikal Ducati, apa khabar dengan Hypermotard?

Kali terakhir Hypermotard diperkemaskan pada Mei 2021 (model/MY2022) dan kesemua model menggunakan enjin standard Euro 5 selain perubahan pada kotak gear.

Model paling istimewa Hypermotard 950 SP menerima grarik badan baharu.

Untuk pasaran tempatan, Ducati Malaysia memperkenalkan Hypermotard 950 RVE pada Januari 2021. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ducati Hypermotard dengan pakej aksesori

 

Seperti di Eropah, model itu mengisi slot di antara Hypermotard 950 dan Hypermotard 950 SP dan kini lengkap trio Hypermotard di pasaran tempatan.

Hypermotard 950 SP menonjol dengan grafik yang dipengaruhi MotoGP, suspensi Öhlins dengan jarak (travel) lebih tinggi dan rim tempa Marchesini.

Juga standard, Ducati Quick Shift (DQS) atas dan bawah. Hypermotard RVE pula lebih funki dengan grafik gaya grafiti.

 

Ducati Hypermotard dengan pakej aksesori

 

Hypermotard 950 digerakkan enjin 937cc silinder V berkembar Testastretta 11° yang menghamburkan 114 kuasa kuda (hp) pada 9,000 rpm dan tork 96Nm pada 7,250 rpm.

Supaya kekal hangat dan berada di minda pengguna, Ducati memperkenalkan pakej aksesori Style dan Sport.

Pada Februari lalu Ducati Malaysia menawarkan penukar gear cepat (quickshifter) dan topi keledar untuk pembeli Hypermotard secara percuma.

 

Ducati Hypermotard dengan pakej aksesori

 

Dua barangan itu bernilai RM5,000 dan pakej yang diumumkan Ducati global ini lebih menyeluruh.

Pakej Sport disusun bagi menyerlahkan lagi karakter sporti dengan pemegang plat karbon dan diapit peredam bunyi Termignoni di dalam sarung titanium dan lampu isyarat LED dinamik.

Pakej Style pula tampil agesif dengan komponen gentian karbon atau bilet aluminium. Reraut (fairing), madgad belakang dan pelindung tangki dibuat dari gentian karbon.

 

Ducati Hypermotard dengan pakej aksesori

 

Penutup tangki dan pelindung pam air dibuat dari bilet aluminium. Jika masih belum cukup, Ducati menawarkan perisai haba (health shield) dan madgad depan gentian karbon.

Tangki simpanan minyak brek, klac dan penutup tangki pengisian minyak dibuat dari bilet aluminium.

Banyak juga aksesori dan sebenarnya masih belum lengkap. Pemilik boleh mendapatkan beg tangki dan penyangga kerangka sebagai perlindungan apabila terjatuh.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ducati Hypermotard dengan pakej aksesori

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pengeluar jenama Itali itu telah memperlihatkan model pertama yang dikuasakan nadi silinder tunggal…
Berita Global
  Grafik baharu itu bukan pelekat biasa tetapi menggunakan pelekat air (water decals - imej…
Berita Domestik
Untuk anda yang menginginkan sebuah supermoto berkuasa, Ducati Hypermotard merupakan jawapan tepat…