Ducati Hypermotard 698 Mono debut - Dikuasakan nadi Superquadro Mono 659 cc baharu!

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Ducati nampaknya tidak menunggu lama selepas memperkenalkan enjin silinder tunggal baharunya iaitu Superquadro Mono 659 cc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengeluar jenama Itali itu telah memperlihatkan model pertama yang dikuasakan nadi silinder tunggal tersebut, dikenali sebagai Ducati Hypermotard 698 Mono.

Seperti yang Careta kongsikan sebelum ini, Superquadro Mono 659 cc diasaskan dari nadi Panigale 1299 (Superquadro 1285 cc) yang juga dilengkapi sistem Desmodromic pada head enjin.

 

2

 

Menurut Ducati, nadi silinder tunggal baharu itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 77.5 HP pada 9,750 rpm dan 63 Nm pada 8,000 rpm.

Menariknya dengan hanya menukar sistem ekzos Termignoni, angka kuasa mampu dipertingkatkan sehingga 85 hp pada 9,500 dan 67 Nm tork.

Hypermotard 698 Mono antara contoh utama bagi Ducati untuk menghasilkan model lebih ringan, ditambah dengan penghasilan komponen dan enjin yang mampu menyalurkan lebih kuasa.

 

3

 

Menurut Ducati lagi, Hypermotard 698 Mono menggunakan kerangka trellis dengan berat 7.2 kg sahaja!

Ia turut dibantu oleh penggunaan roda tuang, cakera brek dengan bibir aluminium dan fork jenama Marzocchi untuk mengurangkan berat, sekaligus mengekalkan beratnya kepada 151 kg sahaja.

Menjadi tambahan terbaharu dalam keluarga Hypermotard, Ducati telah menghasilkan model terbaharu itu dengan reka bentuk untuk membolehkan kawalan optimum.

 

4

 

Meningkatkan lagi tahap tunggangan, ia dilengkapi fork USD Marzocchi 45 mm boleh laras di depan, dan monoshock jenama Sachs boleh laras di belakang.

Ia turut dilengkapi dengan sistem brek Brembo, merangkumi angkup M4.32 bersama cakera bersaiz 330 mm di depan, dan angkup omboh tunggal jenis floating bersama cakera bersaiz 245 mm di belakang.

Antara ciri moden yang ditawarkan termasuklah pilihan 4 mod tunggangan, iaitu Sport, Road, Urban dan Wet, masing-masing menawarkan gabungan mod enjin (tiga tahap), kawalan cengkaman, kawalan brek enjin dan tetapan brek ABS di selekoh.

 

5

 

Selain itu juga, ia didatangkan dengan fungsi launch control dan wheelie control, serta fungsi quick shifter naik/turun (tambahan aksesori untuk model asas).

Ducati juga membangunkan fungsi bantuan wheelie khusus untuk litar yang hanya tersedia dengan pilihan ekzos Termignoni, di mana fungsi bantuan itu melaraskan penghantaran tork bagi memudahkan penunggang untuk melaksanakan wheelie yang berpanjangan.

Ducati Hypermotard 698 Mono akan ditawarkan dengan dua varian iaitu versi asas dengan warna Ducati Red, dan versi RVE bersama grafik istimewa, lengkap dengan kerangka berwarna hitam.

 

 

Baca: Ducati Superquadro Mono 659 cc

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Acara WDW itu telah memasuki edisi ke-12 pada tahun ini dan akan mengambil tempat di Litar…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…
Berita Global
  Panigale ini model penghormatan terbaharu selepas Panigale V4 25° Anniversario 916 dan dibawa…