Ducati Diavel 1260 Lamborghini - inspirasi daripada supercar Sian FKP 37

oleh Mohamad Hanif|
Ducati telah pun memperkenalkan model edisi terhad Diavel 1260 Lamborghini yang disifatkan sebagai motosikal pertama yang lahir daripada kolaborasi dengan Lamborghini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera yang dihasilkan sebanyak 630 unit ini banyak mengambil inspirasi daripada supercar Lamborghini Sian FKP 37 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Ia membawakan rupa paras yang lebih agresif berbanding Diavel 1260 standard, di mana jentera ini menampilkan liang kemasukan udara daripada gentian karbon, pelindung radiator gentian karbon, mudguard serta alas tangki bahan api daripada bahan yang serupa.

 


Bahan ringan tersebut turut digunakan pada beberapa bahagian seperti spoiler, pelindung peredam ekzos dan juga rangka lampu utama.

Diavel 1260 Lamborghini ini menggunakan skema warna yang sama seperti Sian FKP 37, iaitu Gea Green yang dikontraskan dengan warna Electrum Gold.

 


Selain daripada itu, terdapat aksen nombor '63' yang memberikan penghormatan kepada tahun penubuhan Lamborgini, dan diakhiri dengan kedua-dua tayar dipasang dengan rim tempa bersaiz 17 inci.

Sebagai sebuah Diavel 1260 S, jentera ini didatangkan dengan nadi 1,262 cc Testastretta DVT yang mampu menghasilkan 160 kuasa kuda dan 129 Nm daya kilas.

 


Ia juga mendapat kelengkapan standard seperti sistem brek Brembo, suspensi boleh laras sepenuhnya daripada Ohlins, lengan ayun aluminium, skrin instrumen digital 3.5 inci, sambungan kepada peranti pintar dan juga sistem Quick Shift.

Seperti yang disebutkan di atas, Diavel 1260 Lamborghini hanya akan dihasilkan sebanyak 630 unit sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal…