Tempahan untuk Ducati Diavel 1260 S kini dibuka - pelancaran tidak lama lagi

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dalam satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia itu telah mengadakan sesi pratonton Ducati Diavel 1260 S yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. 

Sesi tersebut dibuka kepada para pengamal media permotoran serta ahli kelab Desmo Owners Club (DOC) Malaysia. 
 


Ducati Diavel 1260 S merupakan motosikal kelas cruiser yang didatangkan dengan enjin Testastretta DVT bersesaran 1,262 cc menghasilkan kuasa setinggi 159 hp dan 129 Nm yang masuk penuh pada putaran enjin 7,500 rpm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Dengan casis rangka trellis tubular steel yang dipertingkat, motosikal cruiser ini mampu memberikan tunggangan yang responsif untuk mana jua jalan raya yang ditempuh.

 

 


Selain daripada itu, kelengkapan keselamatan juga turut diberikan perhatian, seperti Bosch Cornering ABS, Ducati Traction Control, Ducati Wheely Control dan Ducati Power Launch

Untuk pasaran Malaysia, Ducati membawakan Diavel 1260 S yang hadir dengan penawaran suspensi Ohlins di hadpaan dan belakang, dibantu dengan ciri Ducati Quick Shift sebagai standard memberikan penukaran gear tanpa klac (clutch-less). 

Ducati Diavel 1260 S dijangka pelancarannya menjelang akhir suku kedua tahun ini dan tempahan kini boleh dilakukan di pengedar Ducati seluruh negara. 
 


Untuk maklumat lanjut, lawati laman rasmi Facebook Ducati Malaysia.