DRB-Hicom jalin kerjasama dengan Petromin, ceburi servis selepas jualan kenderaan

oleh Penyumbang Rencana 2|
DRB-HICOM Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) akan meluaskan kewujudannya dalam pasaran perkhidmatan selepas jualan pantas melalui usaha sama mereka dengan jenama servis pantas kelima terbesar di dunia, Petromin Express iaitu anak syarikat Petromin Corporation (Petromin).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

EON semalam menandatangani perjanjian kerjasama dengan Petromin Arab Saudi untuk menceburi bidang servis lepas jualan kenderaan.

​​Ia bertujuan untuk menggabungkan keupayaan dan penglibatan EON dan DRB-HICOM dalam rantaian nilai automotif dengan kepakaran operasi dan rekod prestasi Petromin dalam model francais. Ini bagi merebut peluang segmen selepas jualan yang pantas dan pesat berkembang sejajar dengan objektif strategik kedua-dua pihak.
 

Akkbar


Majlis tersebut telah diadakan di Wisma DRB-HICOM diantara Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kalyana Sivagnanam dari Petromin. Ia disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar dan pihak pengurusan kanan kedua-dua syarikat.

“Pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas ditambah pula dengan data pasaran dan jangkauan pelanggan yang luas DRB-HICOM akan mewujudkan sinergi ideal yang mendorong perkongsian ini ke tahap yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, kami sangat teruja untuk menawarkan perkhidmatan baharu, berpatutan dan mudah kepada rakyat Malaysia,” kata Syed Faisal.

"Kami sememangnya teruja untuk bekerjasama dengan Petromin dan melebarkan kehadiran kami dalam pasaran selepas jualan, yang pastinya akan melengkapkan perniagaan selepas jualan berasaskan OEM kami yang sedia ada", kata Akkbar mengenai kerjasama ini.

Syarikat usaha sama ini mensasar operasi perintis bermula pada Januari 2023, dengan empat cawangan dalam tempoh 18 bulan ia dilaksanakan. Berpandukan kepada kejayaan model cawangan Petromin Ekspres di Arab Saudi, syarikat usaha sama ini akan menawarkan pengalaman unik perkhidmatan selepas jualan pantas dengan masa membaik pulih yang cepat. 

Bahkan ia bertujuan untuk menguasai sebahagian daripada pasaran selepas jualan automotif yang besar serta berkembang di Malaysia dan telah menjana perolehan kira-kira RM42b pada 2021. Walaupun perkhidmatan tersebut ditawarkan kepada semua jenis kenderaan akan tetapi syarikat ini akan mensasar kenderaan lepas jaminan yang berumur antara 5 dan 10 tahun. 
 

Eon



Selain itu, kerjasama tersebut melengkapkan rantaian nilai sektor automotif DRB-HICOM yang sedia ada. Kumpulan ini sudah menjadi OEM melalui PROTON dengan menjual beberapa jenama automotif asing di bawah payung EON serta menawarkan perkhidmatan pemeriksaan mandatori melalui PUSPAKOM.

Perkongsian bersama Petromin menerusi kerjasama yang dijalankan ini dilihat memberikan peluang yang sangat cerah untuk DRB-HICOM memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dari Petromin Arab Saudi.

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…