DRB-Hicom, Geely tandatangan perjanjian pembangunan Automotive High-Tech Valley

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Bernama - Pertukaran dokumen MoA antara DRB-Hicom dan Geely di Beijing
Bertempat di Beijing, China pada 1 April lepas, DRB-HICOM Berhad dan Geely telah menandatangani Dasar-Dasar Utama Perjanjian (HOA) bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua dua syarikat untuk fasa seterusnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian itu telah ditandatangani di Forum Perniagaan Malaysia-China yang berlangsung sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Dato Sri Anwar Ibrahim ke China.

Mewakili pihak DRB-Hicom, perjanjian itu ditandatangani oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, manakala pihak Geely diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Geely Holding Group, Daniel Li Donghui.

Dengan termeterai nya perjanjian itu, ianya membolehkan pembangunan Automotive High-Tech Valley (AHTV) dibangunkan sebagai hab kenderaan generasi akan datang di Tanjung Malim.

Pembangunan AHTV akan merangkumi rantaian nilai penyelesaian automotif dan mobiliti secara meluas, daripada pusat penyelidikan dan pembangunan global berteknologi tinggi sehingga kepada kluster pembuatan dan perkhidmatan sokongan.

Perjanjian itu juga bakal mewujudkan pembangunan bandar raya automotif bersepadu yang akan melahirkan hab bagi industri kenderaan tenaga baharu (NEV).

AHTV dianggarkan untuk memiliki kawasan dengan keluasan sebanyak 1,000 ekar dan boleh diluaskan mengikut keperluan pada masa akan datang.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, AHTV dijangka untuk menarik pelaburan bernilai RM32 billion, dimana ianya termasuk dari jenama pengeluar kereta nasional, Proton.

Perancangan Proton untuk memindahkan semua fasiliti pembuatannya ke Tanjung Malim menjelang 2026 bakal membantu pembangunan AHTV.

Buat masa ini, Proton menghasilkan lima model kereta di AHTV dan dua model kereta di Shah Alam.

Selain itu, AHTV juga bakal mempunyai universiti penyelidikan untuk memupuk bakat baharu dan pembangunan di dalam bidang teknologi baharu untuk industri dan sektor automotif secara amnya.

Ia juga bakal menempatkan pusat penyelidikan dan pembangunan yang membolehkan pembuat kereta menguji kenderaannya dalam persekitaran tropika.

Dengan masa kini yang semakin ke arah EV atau kenderaan tenaga baharu (NEV) di seluruh dunia, peranan Geely dalam pembangunan AHTV adalah tepat, memandangkan pengalaman luas pembuat kereta China itu dalam sektor tersebut.

Dibawah kumpulan Geely Auto, syarikat itu telah melancarkan beberapa jenama yang menghasilkan NEV termasuk jenama EV mewahnya iaitu Zeekr.

Geely juga telah telah melabur dalam pelbagai teknologi bateri dan mempunyai bahagian tenaga baharu khusus yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengeluaran NEV.

Mengukuhkan lagi kedudukannya, Geely telah mengumumkan rancangannya untuk melancarkan lebih daripada 30 model NEV di bawah jenama-jenamanya menjelang 2025.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Pusat 3S EON smart Glenmarie mempunyai keluasan 4,362 kaki persegi, dengan ruang yang mampu…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…