DMC-12 bakal masuk fasa produksi tidak lama lagi!

oleh Mohamad Hanif|
Kira-kira empat tahun yang lalu, Delorean Motor Company mengumumkan penghasilkan unit terhad bagi model 'baharu' DMC-12 menggunakan gandingan stok lama dan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berdasarkan undang-undang baharu Low Volume Motor Vehicle Manufacturers Act 2015 yang membenarkan syarikat pengeluar kecil untuk menghasilkan sebanyak 325 unit dalam masa setahun. 

Malah, kereta-kereta ini juga tidak tertakluk kepada regulasi keselamatan seperti kenderaan moden masa kini. 

Namun, hal tersebut ditangguhkan buat sementara waktu ini kerana agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) gagal untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan yang sepatutnya dikuatkuasakan pada Disember 2016. 

Terima kasih kepada tuntutan mahkamah yang dibuat oleh SEMA pada Oktober 2019, undang-undang tersebut akhirnya berjaya diluluskan. 

 


DeLorean DMC-12 - atau lebih dikenali dengan kereta Back To The Future - bakal menerima nadi moden yang mampu menghasilkan 300 - 350 kuasa kuda, serta rekaan dalaman yang telah dinaiktaraf dengan komponen moden. 

Harga jualan pula dianggarkan bermula dari $100,000 (RM406,498).

Proses untuk menghidupkan kembali DeLorean DMC-12 ini tidak semudah itu, ini kerana para pembina perlu menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa yang dikatakan mengambil masa sehingga enam bulan. 

Namun, undang-undang baharu ini bakal memberikan manfaat kepada beberapa rumah penala lain, seperti Icon, Singer dan juga Superformance.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, Alpha5 kini berstatus sebagai sebuah kereta elektrik Grand Tourer…
Gaya Hidup
Filem-filem Hollywood tidak akan lari daripada beberapa tema yang akan kami sebutkan - kuasa, duit…