DFSK EC35 rasmi dilancarkan - EV komersial pertama di M'sia, 80 hp/200 Nm, dari RM130 ribu

oleh Mohamad Hanif|
QC Fleet Management Sdn Bhd hari ini secara rasmi melancarkan van elektrik DFKS (jenama Dongfeng Sokon Automobile, atau DFSK Motors) EC35 untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam varian tunggal, DFSK EC35 didatangkan dengan motor elektrik tunggal berkuasa 80 hp dan daya kilas 200 Nm, yang membolehkan kelajuan maksimum 100 kmj.

Pek bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) berkapasiti 38.7 kWh membolehkan pemanduan di dalam bandar sejauh 200 km (atau 275 km mengikut data kitaran NEDC).
 

EC35


EC35 ini juga turut menyokong pengecasan pantas DC, di mana pengecasan 20-80 peratus boleh diselesaikan dalam tempoh 35 minit sahaja, atau sehingga enam jam menggunakan pengecasan AC 6 kW.

Dari segi dimensi, EC35 membawakan ukuran sepanjang 4,500 mm, lebar 1,680 mm dan tinggi 2,000 mm sementara jarak antara roda pula sepanjang 3,050 mm.

Jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 190 mm.
 

EC35


Antara ciri keselamatan yang dimuatkan pada DFSK EC35 ini termasuklah beg udara, ABS, EBD, penderia undur dengan paparan jarak dan amaran akustik, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), dan juga sistem lampu utama automatik.

DFSK EC35 boleh didapati dalam versi dua hingga lima tempat duduk yang menawarkan ruang kargo sebesar 3100 liter (4800 liter untuk versi dua tempat duduk), dibantu dengan ciri pintu sisi gelangsar yang memudahkan akses kepada ruang belakang itu tadi.

Ruang kokpit pula menawarkan skrin sentuh sebesar sembilan inci yang dihubungkan dengan kamera undur, selain menyokong sambungan Bluetooth kepada peranti pintar serta USB, diikuti dengan sistem audio dengan empat pembesar suara. 


 

EC35


Harga jualan DFSK EC35 bermula dari RM130,000, dan boleh juga didapati menerusi opsyen pajakan untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

Setiap EC35 dilindungi dengan jaminan selama lima tahun atau jarak perbatuan 120,000 km untuk trenkuasa.
 

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Berita Global
Dari segi dimensi, van tinggi ini membawakan ukuran jarak antara roda sepanjang 4,318 mm, keupayaan…
Berita Global
Daihatsu Vizion-F Concept secara asasnya merupakan sebuah kenderaan komersial ringan berkuasa…