DeLorean DMC-12 ini buang enjin asal, sumbat dengan nadi K24 Honda!

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak kenal dengan jentera rentas masa DeLorean DMC-12?

Kereta sports yang sangat ikonik disebabkan oleh francais filem Back To The Future itu bukan sahaja memiliki rupa paras yang sporti, akan tetapi datang dengan enjin V6 yang agak lembab.

Anda sebenarnya tidak perlu untuk mencapai kelajuan 88 batu sejam, dan seterusnya merentas masa untuk menyuruh syarikat DeLorean Motor Company (DMC) mengubah kembali spesifikasi DMC-12 ini.
 

Honda DeLorean


Akan tetapi, anda boleh mencontohi modifikasi yang dilakukan oleh pemilik DeLorean ini, John Thompson.

Menerusi video yang dimuat naik oleh HondaPro Jason, enjin asal 2.8 liter V6 DeLorean ini nampaknya telah pun digantikan dengan enjin baharu yang lebih bertenaga, iaitu nadi K24.

Tidak membiarkan enjin tersebut standard, John kemudian memasang unit induksi paksaan turbo dan menala enjin tersebut supaya mampu menerima suapan bahan api E85.
 

DeLorean


Hasil daripada kerja yang dilakukan, nadi K24 turbo itu berupaya menjana kuasa setinggi 400 hp, atau sehingga 450 hp dengan menggunakan bahan api ethanol E85.

John kemudian memadankan enjin Honda itu tadi dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan yang disumberkan daripada Porsche 911, diikuti dengan cagak kustom yang direka khas untuk memuatkan enjin dan transmisi baharu itu.
 

DeLorean


Bukan itu sahaja, sistem gantungan kereta rentas masa yang asal ini turut dinaiktaraf supaya dapat menampung peningkatan kuasa yang signifikan berbanding enjin V6 yang terdahulu.

Video penuh anda boleh tonton pada pautan YouTube di bawah:

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Bagi kedua peminat kereta dan filem tersebut, jenama REC telah menghasilkan jam tangan edisi terhad…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, Alpha5 kini berstatus sebagai sebuah kereta elektrik Grand Tourer…
Berita Global
Serentak dengan itu, Porsche memuat naik sebuah video ringkas yang memaparkan sebuah Taycan dipandi…