REC Watches hasilkan jam tangan SPX DeLorean, guna komponen asli DMC-12

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Siapa sahaja yang tidak mengenali DeLorean DMC-12, sebuah kereta ikonik dari filem popular 80an "Back To The Future" sebagai sebuah mesin masa di dalam filem tersebut.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2

Bagi kedua peminat kereta dan filem tersebut, jenama REC telah menghasilkan jam tangan edisi terhad SPX DeLorean yang diinspirasikan dari DMC-12.

 

dmc

 

SPX DeLorean bukan sahaja diinspirasikan dari DMC-12, malahan ianya diperbuat menggunakan komponen asli dari kereta asal yang dimiliki pengasas jenama tersebut, John Z. DeLorean.

REC hanya menghasilkan sebanyak 456 jam tangan tersebut untuk direbut, jam tangan itu ditawarkan pada harga RM8,784 sahaja.

 

dmc

 

Ini bukan kali pertama jenama REC menghasilkan jam tangan dari komponen asli kereta, sebelum ini mereka turut menggunakan komponen asli Porsche 911 dan Ford Mustang.

 

Sumber: motor1.com

Berita Berkenaan

Berita Global
  Projek ini bukan sebuah sahaja dan boleh dipasang pada DMC-12 sedia ada. Kepada yang mahu…
Berita Global
Kereta sports yang sangat ikonik disebabkan oleh francais filem Back To The Future itu bukan sahaja…
Berita Global
Tidak seperti model terdahulu, Alpha5 kini berstatus sebagai sebuah kereta elektrik Grand Tourer…