Defender baharu - akan muncul tahun ini tapi jauh berbeza

oleh HEZERI SAMSURI|

Dua tahun lalu, Land Rover telah menamatkan pengeluaran model ikonik mereka, Defender.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sama seperti nasib Proton Arena dan Proton Juara, Defender juga mengalami fenomena SSTP (Seksi Selepas Tamat Produksi). Muncul peminat-peminat "tegar" yang mahukan model itu selepas ia ditamatkan produksi.

 

 

Syarikat Land Rover memang mempunyai masalah untuk menggantikan model Defender itu. Kerana bentuknya yang unik dan menjadi pujaan, Land Rover tahu model pengganti perlu mempunyai daya tarikan yang sama juga.

Mercedes-Benz contohnya mengambil jalan selamat dengan G-Wagen mereka. Model ikonik itu telah digantikan dengan yang baharu dan bentuknya hampir sama, walaupun tidak ada satu panel atau skru pun yang dikongsi.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa model-model seperti Defender dan G-Wagen itu perlu diganti jika ia masih mempunyai ramai peminat.

 

 

Ia terpaksa digantikan kerana faktor-faktor piawaian dan homologasi global yang perlu dituruti agar ia terus relevan dengan pasaran dan dibenarkan oleh negara-negara maju seperti Eropah, Jepun, US dan juga negara-negara yang mempunyai piawain keselamatan ketat sepeti Australia dan Malaysia.

Rekabentuk lama Defender yang bersegi dan menggunakan platform purba itu tidak akan lulus ujian pelanggaran. Ia juga tidak aerodinamik dan kerana itu, ia sukar untuk mendapat kadar penggunaan bahan api yang baik di atas jalanraya.

 

 

Defender yang baharu bakal mempunyai rekabentuk yang lebih aerodinamik dan dibina di atas platform aluminium dari Jaguar land Rover. 

Ia lebih selamat untuk pengguna, lebih mesra alam dan lebih premium. Harganya juga lebih masuk akal kerana Defender Wagon 110 dahulu dijual dengan harga RM250,000 ke atas tetapi mempunyai alatan, prestasi dan keselesaan kenderaan tahun 1960-an.

 

 

* Gambar-gambar dari AutoCar UK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
LROM ialah kelab Land Rover berdaftar yang pertama di Malaysia dan ahlinya terdiri dari "otai-otai…
Berita Global
  Walaupun terbuka, Okavango mempunyai bumbung atas boleh alih yang melindungi kabin dengan…
Berita Global
  Land Rover Series IIA dikeluarkan dari 1961 hingga 1971 dan satu daripada 'Len Roba' yang…