DBX - SUV pertama Aston Martin kekalkan tradisi sporty (RM798,000)

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama 106 tahun dari Britain, Aston Martin akhirnya melancarkan model SUV pertama mereka di Beijing sebentar tadi.

Projek yang bermula sejak tahun 2015 ini akan dibina di kilang Aston Martin di St Athan, Wales. Kilang tersebut dibina khusus untuk DBX yang menggunakan platform serba baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
DBX 1

 

DBX menggunakan struktur badan dari aluminium, sama seperti kereta-kereta sport Aston Martin yang lain agar ia kekal ringan dan tegap - dua ciri-ciri utama kenderaan berprestasi tinggi.

Penggunaan aloi itu juga memberikan DBX ini berat basah 2,245 kg sahaja.

Sistem gantungan aktif pula menggunakan udara untuk meninggikan SUV ini sebanyak 45 mm atau merendahkan ia sebanyak 55 mm, menjadikan ia versatil untuk pelbagai permukaan.

 

 

Enjin pula ialah V8 4.0L twin turbo yang turut digunakan oleh DB11 dan Vantage. Ia menghasilkan 550 PS dan 700 Nm. Untuk memastikan ia jimat bahan api, fungsi "cylinder deactivation" diberikan agar hanya beberapa silinder yang beroperasi ketika pemanduan biasa.

Bila prestasi yang dimahukan, komputer akan memerah segala inci tenaga yang ada untuk memberikan pecutan 0-100 kmsj dalam masa 4.5 saat serta halaju maksimum 291 kmsj.

Transmisi ialah dari jenis torque-convertor automatik 9-kelajuan yang menggerakkan keempat-empat roda melalu central differential aktif dan eDiff untuk gandar belakang.

 

Gabungan enjin dan sistem gantungan itu menjanjikan pemanduan ala kereta sport, tradisi sejak kelahiran Aston Martin lagi.

Khusus untuk 500 pemilik pertama DBX, mereka akan menerima Pakej 1913 eksklusif yang memberikan aksesori seperti logo fender yang unik, plak nombor kerangka kenderaan dan juga buku proses pembinaannya yang ditanda-tangani oleh CEO dan Ketua Pegawai Kreatif Aston Martin, Marek Reichman.

Harga DBX bermula pada £158,000 di UK dan pemilik pertama akan menerima DBX ini pada suku kedua tahun 2020.

Di Malaysia, DBX sudah boleh ditempah dengan harga RM798,000 (tanpa cukai eksais). 

Hubungi Aston Martin Kuala Lumpur untuk info lanjut. 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…
Sukan Bermotor
Aston Martin Vantage GT3 ini merupakan produk yang pertama dibawah kerjasama antara Aston Martin…
Model Terbaharu
Model Vantage terbaharu ini dinadikan dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar dari AMG yang mampu…