Datuk Razlan Razali: 'Bukan mudah nak pikat Rossi'

oleh SALINA JALIL|
Bukan mudah untuk 'memikat' legenda sukan permotoran dua roda, Valentino Rossi menyertai PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (PETRONAS Yamaha SRT) dengan pasukan menjangkakan keputusan muktamad dapat diputuskan sebelum pusingan pertama bagi kelas perdana MotoGP berlangsung di Litar Jerez, Sepanyol 19 Julai ini.


Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, perbincangan secara lebih terperinci sedang giat berlangsung ketika ini selepas kedua-dua pihak mula berurusan sejak Jumaat lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Perbincangan masih positif setakat ini. Jika kedua-dua pihak bersetuju maka semuanya akan menjadi positif dan kita sedang menghala ke arah itu. Begitupun, ia masih belum dimuktamadkan lagi.

 

"Kita harap urusan ini dapat diselesaikan sebelum pusingan pertama bulan depan," katanya.

 

"Rossi bukan seorang pelumba biasa, jadi perbincangan itu tidak mudah (membabitkan banyak pihak), banyak yang perlu dibincangkan bersama."

 

Juara dunia sembilan kali Kejuaraan Motosikal Dunia berusia 41 tahun itu berada dalam keadaan dilema apabila pandemik CODID-19 turut mengganggu kelancaran kalendar musim 2020 dengan dirinya perlu memutuskan sama ada perlu beralih pasukan pada tahun depan ataupun membuat keputusan bersara.

 

Ini selepas slot Rossi di pasukan utama Yamaha - Yamaha MotoGP - bagi musim depan akan diisi pelumba muda berbakat dari PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo yang bakal bergandingan bersama Maverick Vinales.

 

"Kita akan buat satu sidang video bersama Rossi nanti. Dia ingin tahu apakah jangkaan pasukan terhadapnya... bukan kerana dia terpaksa atau kita perlu mengambilnya. Sekiranya musim ini berlangsung dengan baik, kita mungkin tidak melihatnya sebagai pilihan.

 

"Namun dengan keadaan sekarang (COVID-19), kita perlukan kestabilan dalam pasukan. Dalam situasi yang berbeza ini, elok untuk kita mengambil seorang pelumba yang boleh memberi kestabilan dalam pasukan," kata Razlan yang turut tidak menolak kemungkinan Rossi bakal menamatkan kariernya bersama pasukan Malaysia ini.

 

"Ada kemungkinan dia bersara dalam pasukan kita. Ini juga satu penghormatan. Tak sangka dalam tempoh sesingkat ini, pasukan sudah melalui banyak detik positif," katanya mengenai pasukan MotoGP PETRONAS Yamaha SRT yang membuat penampilan sulung dalam kelas perdana itu, tahun lalu.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

MotorGP
Ditawarkan dalam kuantiti terhad 100 helai sahaja, setiap satu barangan tersebut dibuat secara…
MotorGP
Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT…
MotorGP
Namun begitu, Prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali serta Pengurus Pasukan Johan Stigelfelt…