Saingan kelas MotoGP fokus utama pasukan baharu - Razlan Razali

oleh Mohamad Hanif|
Meskipun identiti serta penjenamaan pasukan baharu Sepang Racing Team bakal didedahkan secara rasmi pada 16 September ini, namun prinsipalnya Datuk Razlan Razali sudah pun memberikan bayangan hala tuju yang bakal ditempuh untuk musim MotoGP 2022.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Dalam satu temubual yang diadakan secara maya baru-baru ini, Razlan menegaskan pasukan baharu SRT itu bakal tampil dengan penaja utama baharu dengan warna, liveri dan entiti yang berbeza, di mana perubahan itu sama seperti apa yang pernah dilakukan oleh pasukan itu sebelum ini.
 

SRT


Jelas beliau, strategi utama entiti baharu itu adalah untuk menyelamatkan pembabitan di dalam kategori MotoGP memandangkan adalah sukar untuk mendapatkan kembali peluang sekiranya mereka terus menarik diri daripada kejuaraan itu.

Tambahnya lagi, pembabitan dalam MotoGP adalah penting untuk meneruskan kesinambungan di dalam kejuaraan dunia berprestij itu biarpun tindakan penaja utama itu disifatkan sebagai langkah yang tidak dijangka.
 

SRT


Kekangan tajaan juga merupakan satu halangan buat pasukan baharu itu untuk meluaskan penyertaan mereka di dalam kategori saingan Moto2 dan Moto3.

Tambahan pula, Dorna Sports selaku penganjur sudah pun memaklumkan mereka akan mengehadkan penyertaan sebanyak 12 pasukan sahaja dengan 24 orang pelumba maksimum untuk tempoh lima tahun akan datang.
 

Sepang


Namun apa yang pasti, Razlan menegaskan pasukan baharu itu akan tetap menampilkan tenaga mahir tempatan, di mana satu-satunya mekanik pasukan itu, Hubbatuulah Mohd Fuad (atau lebih mesra digelar Habib) akan dikekalkan peranannya di dalam pasukan itu pada tahun hadapan.

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Disebabkan itu juga, Sepang Racing Team akan dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing dengan…
MotorGP
Namun begitu, Prinsipal pasukan SRT, Datuk Razlan Razali serta Pengurus Pasukan Johan Stigelfelt…
MotorGP
Dalam satu perjumpaan bersama para pengamal media, pihak pengurusan Sepang International Circuit (…