Dari kerja cuci kereta, kini miliki Ranger 450 hp!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mohd Azhar Mohd Shis ialah anak peneroka yang membuktikan usaha yang gigih boleh membantu menjadikan minat dan hobi kita kepada sebuah kerjaya yang menguntungkan.

Berusia 29 tahun, Azhar atau nama timangannya, Haa sudah berumah tangga. Bersama isterinya, Shariza Mahad, juga 29 tahun, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Syabil Adam yang sudah berusia enam tahun. Menetap di Felda Kledang, Kota Tinggi, Azhar ialah bekas pelajar SK Kledang dan kemudian ke SMK Felda Adela.

Azhar kemudian berhijrah ke SMK Hang Kasturi di Masjid Tanah. Di sana, selepas waktu sekolah, beliau bekerja sambilan sebagai pencuci kenderaan dan pembantu di bengkel.

Ranger Haa Web Careta-48

 

"Saya memang nak cari duit poket dan saya memang minat dengan otomotif," ujar Azhar.

Selepas tamat SPM, Azhar, yang merupakan anak bongsu dari lima adik beradik, bekerja di sebuah kedai makan di Tangkak di sebelah malam. Di waktu siang pula, Azhar terus bekerja sebagai pencuci kenderaan untuk mencukupkan pendapatan.

Selepas itu, Azhar pulang ke Felda Kledang dan bekerja dengan sebuah bengkel mengecat dan mengetuk badan kenderaan sebagai pembantu.

Semasa Azhar berusia 19 tahun, beliau mahu beralih arah dan bekerja di sebuah kedai tayar di Felda Adela sebagai pembantu tetapi di sebelah malamnya, Azhar memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan mengecat dan membaiki badan kenderaan milik rakan-rakan.

Ranger Haa Web Careta-3 no number

Setahun selepas itu, semakin ramai yang menghantar kenderaan kepada Azhar untuk dibaiki. "Mereka berpuas hati dengan kerja saya, dan mereka syorkan rakan-rakan mereka pula untuk menghantar kenderaan ke rumah saya." Azhar tekad untuk bekerja sendiri.

Beliau berhenti bekerja di kedai tayar dan membuka bengkel beliau sendiri di atas sebidang tanah di sebelah rumah ibubapanya.

"Nama bengkel saya ialah Haa Spray, dan di situlah saya berada sehingga hari ini," ujar Azhar.

Kini, pada usia 29 tahun, Azhar bukan sahaja mendapat kepercayaan dari pemain-pemain JDT dan selebriti tempatan untuk mengecat kenderaan mereka di Haa Spray, tetapi Azhar juga berjaya mendapat kontrak untuk membaiki kenderaan-kenderaan yang digunakan di projek Rapid di Pengerang.

Ranger Haa Web Careta-22

Selain dari itu, Haa juga mengembangkan perniagaan beliau dalam bidang pertanian dengan menjalankan perkhidmatan mengangkut sawit, meracun, membaja serta pelbagai perkara lain.

Anak muda bernama Azhar ini tidak pernah kenal erti penat dan sentiasa mencari peluang untuk terus berkembang. Paling menarik, beliau tetap melayan sesiapa dengan nada rendah dan bersahaja.

Mudah untuk mesra bersama Azhar ini dan dia tak pernah malu dengan kisah hidupnya. Sejarah Ford Ranger beliau ini pula sangat menarik.

Mari kita sama-sama baca apa yang menjadikan Ford Ranger merah ini Ranger paling gempak pernah Team Careta jumpa di Malaysia.

Haa Mobiles-1

  • Dibeli dalam tahun 2013, asalnya berwarna putih dan ia dari varian Ford Ranger XL 2.2L Manual.
  • Azhar melakukan modifikasi kepada enjin asal dengan meningkatkan sistem komputer pengurusan enjinnya. Terbukti ia terlalu ekstrem untuk enjin asal - blok dan piston asal retak.

  • Azhar sukar mencari alatganti dan kalau ada pun, terlalu mahal dan Azhar yakin ia akan berlaku lagi. Azhar lantas membuat keputusan bahawa Ranger itu memerlukan nadi baharu.
  • Enjin pilihan Azhar ialah dari Toyota Supra - enjin 2JZ dengan 2,997 cc dan pengecas turbo.

Ranger Haa Web Careta-31

  • Sistem transmisi ditukar dari manual ke automatik dan ia memerlukan usaha yang sangat rumit kerana Azhaar terpaksa memastikan sistem "launch control" yang ada boleh diguna-pakai pada transmisi automatik tersebut.
  • Pemasangan enjin sahaja mengambil masa selama dua bulan, dan selepas dihidupkan, enjin itu masih jauh dari sempurna. Pelbagai modifikasi perlu dijalankan agar output enjin boleh diterima oleh sistem transmisi dan gear pada gandar belakang.
  • Sistem elektronik juga memeningkan kepala. Sistem elektronik untuk enjin menggunakan pendawaian dari Toyota tetapi untuk papan pemuka dan bahagian kabin, pendawaian asal Ford dikekalkan kerana Azhar masih menggunakan papan pemuka asal Ford Ranger.
  • Gandar belakang ditukar kepada gandar dari Mitsubishi Pajero Sport yang siap dengan fungsi LSD serta brek cakera.
  • Untuk merendahkan trak itu, Azhar menggunakan sistem gantungan dari Thailand untuk roda hadapan.
  • Di bahagian belakang, kedudukan pegas daun (leaf spring) diubah dan dipasang pada sebelah atas gandar. Pemegang baharu serta alas getah ditukar agar sistem gantungan masih memainkan peranan dan memberikan sedikit keselesaan untuk keluarga Azhar.

Ranger Haa Web Careta-8

  • Azhar mengambil masa lebih dari enam bulan untuk menyiapkan trak ini dari segi teknikal. Kemudian, baharulah Azhar mencantikan keadaan luaran.
  • Bahagian kabin dipenuhi dengan meter-meter Defi dan Greddy semantara tempat duduk pula ialah dari jenis SSCUS yang dibuat di Semambu, Kuantan.

Ranger Haa Web Careta-36

  • Rim bersaiz 20 inci dengan lebar 10JJ jenis Enkei RPF digunakan sementara saiz tayar aturan staggered ini pula ialah 275/40 R20 untuk roda hadapan dan saiz supercar 315/35 R20 untuk roda belakang.
  • Trak Ranger ini pernah diuji kadar kuasa kuda yang dihasilkan. "Kami dapat 450 hp dari set up ini," kata Azhar.

Ranger Haa Web Careta-46

  • Talaan enjin dengan menggunakan tiga set Unichip dan sistem talaan komputer yang dilakukan oleh Viswork Autolab di Permas, Johor Bahru.
  • Azhar berterima kasih kepada Pusat Servis Lie di Felda Adela kerana membantu memasangkan enjin itu kepada Ranger Azhar.

Ranger Haa Web Careta-30

  • Bengkel Haa Spray pula melakukan kesemua kerja pada badan Ranger ini, termasuk semburan chrome pada enjin. Sistem gantungan turut dibuat sendiri oleh Azhar.
  • Untuk rekabentuk dan proses penghasilan sticker, rakan Azhar, Alif dari Stripe Sticker (013-735 9173/014-917 2475) di Ayer Hitam turun membantu.

Ranger Haa Web Careta-14

  • Walaupun sangat berkuasa, Azhar berkata ia masih berfungsi sebagai trak keluarga. Beliau baharu sahaja pulang berjalan dari Manjung, Perak bersama isteri dan anaknya.
  • Untuk yang berminat, kos dianggarkan dalam RM40,000, termasuk komponen. Harga pula boleh berubah mengikut kadar kekuatan Ringgit.

Ranger Haa Web Careta-24 no number

Sebenarnya bukan Ford Ranger ini sahaja yang diubahsuai oleh Azhar. Careta akan ceritakan lagi tentang sebuah kenderaan "bikin" Azhar. Untuk berhubung dengan bengkel Azhar, Whatsapp tau buat panggilan telefon ke 019-791 3595.

Ranger Haa Web Careta-29 Tahniah Azhar - dan anda telah buktikan bahawa semangat yang kental dan tidak putus asa boleh mejadikan seseorang itu berjaya.

Ingat, Allah janjikan pulangan kepada mereka yang sentiasa berusaha. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…