Daon Ravy - camper mini untuk aktiviti hujung minggu anda!

oleh Mohamad Hanif|
Motorhome, atau camper van datang dalam pelbagai jenis bentuk dan saiz, dan sudah pasti setiap satu direka untuk memenuhi keperluan yang pelbagai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada yang lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan, namun bagi mereka yang memilih kenderaan yang lebih ringkas, mahu atau tidak terpaksa berkompromi dengan pelbagai perkara untuk menikmati aktiviti kegemaran.

Namun, itu semua bukan alasan bagi syarikat Daon TNT untuk memperkenalkan sebuah camper kotak mini yang serba comel ini, dinamakan sebagai Daon Ravy.

 


Bayangkan kereta saiz sebesar Perodua Kenari (dengan bumbung tinggi) dijadikan sebagai kereta aktiviti hujung minggu.

Ia dibangunkan berdasarkan model kereta bandar Kia Ray yang dipasang dengan pelbagai jenis kemudahan, seperti contoh ruang dapur jenis gelongsor keluar, sinki, dan ruang tidur yang mampu memuatkan dua orang apabila tempat duduk baris hadapan dilipat.

 


Untuk memaksimumkan ruang kompak Kia Ray ini, pihak Daon telah memasang bumbung jenis pop-naik yang boleh digunakan sebagai ruang tidur tambahan untuk dua orang.

Tidak cukup dengan itu, Ravy turut dipasang dengan pusat kawalan yang menampilkan bateri tambahan 100-Ah dan slot pengecasan 220V, 12 V dan slot USB.

 


Sayang sekali, Daon Ravy yang comel ini hanya boleh didapati di pasaran Korea buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebaliknya, ia adalah sebuah kereta mini aras mula yang lebih dikenali dengan nama Kia Ray, di mana…
Berita Global
Ia sebenarnya merupakan sebuah kereta bandar yang dinamakan sebagai Kia Ray, dan disebabkan…