Kia Ray 2023 - versi facelift dengan rupa paras lebih malar segar

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, Kia sebenarnya ada produk kei-car?
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Ia sebenarnya merupakan sebuah kereta bandar yang dinamakan sebagai Kia Ray, dan disebabkan dimensinya kurang dari 3,600 mm, Kia Ray dikategorikan di bawah "light car" yang membolehkannya mendapat insentif cukai di Korea Selatan.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, Kia Ray telah dikemaskini dengan kehadiran model facelift pada tahun 2017, dan kini ia mendapat kemaskini yang lebih menyeluruh untuk model tahun 2023.

Kemaskini terbaharu ini lebih fokus kepada aspek luaran yang mengintegrasikan bahasa rekaan terkini Kia.
 

Ray


Antara perubahan yang wujud termasuklah rupa muka depan yang direka semula, rekaan jeriji hadapan yang tertutup kemas, unit lampu LED, rekaan bampar yang lebih bersih serta kehadiran skid plate di bahagian bawah.

Berdasarkan rekaan jeriji depan yang tertutup itu, berkemungkinan besar ini merupakan varian EV yang turut ditawarkan bersama-sama dengan varian berenjin pembakaran dalaman.

Bahagian belakang turut diberikan sedikit perubahan dengan unit lampu LED serba baharu, diikuti elemen rekaan seakan diffuser pada bahagian bampar.
 

Ray


Susun atur ruang kabin tidak banyak berubah, melainkan dengan penampilan skrin kluster digital serba baharu serta elemen trim yang lebih gelap dipadankan.

Dari segi kuasa, Kia Ray boleh didapati dalam versi enjin pembakaran dalaman 1.0 liter MPI yang menghasilkan 78 PS dengan padanan transmisi automatik empat kelajuan, atau versi EV dengan motor elektrik berkuasa 67 hp dan pek bateri 16.4 kWh yang membenarkan jarak gerak sejauh 138 km.

Difahamkan, Kia akan melancarkan model facelift Ray 2023 ini pada September nanti, dengan harga anggaran bermula dari 13,550,000 won (RM46,394).

Berita Berkenaan

Berita Global
Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua syarikat itu akan menilai tahap keberkesanannya dalam…
Berita Global
Tiga daripadanya sudah pun kita ketahui, iaitu kei-car Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi ASX,…
Berita Global
Selepas melancarkan TFENDER yang dihasilkan khusus untuk Toyota ProBox, ESB Style kini melancarkan…