Asia Talent Cup: Syarifuddin raih tempat pertama!

oleh Mohamad Hanif|
Lagu Negaraku berkumandang di Litar Antarabangsa Losail, Qatar apabila pelumba muda negara, Syarifuddin Azman meraih kemenangan pada pusingan pertama Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC) 2020. .
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Syarifuddin atau lebih dikenali Damok melengkapkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan terpantas, 30 minit 56.093 saat, 0.049s di depan pencabarnya dari Jepun, Kanta Hamada yang berada di tempat kedua. 

Melengkapkan pentas podium bagi kempen pembuka tirai 2020 adalah pelumba Australia, Harrison Voight manakala seorang lagi wakil negara, Sharul Ezwan Sharil menamatkan perlumbaan di tempat ke-10. 

 Syarifuddin turut menamatkan Perlumbaan 1 di pentas podium, melengkapkan saingan di tempat ketiga selepas bermula daripada petak kelima. Sharul menamatkan saingan di tempat keenam selepas bermula daripada petak ketujuh. 

Selepas dua perlumbaan, pelumba berusia 19 tahun itu kini berada di tangga kedua carta pelumba dengan 41 mata manakala Hamada mendahului kedudukan, 45 mata. Sharul berada di tangga kelapan dengan 16 mata. 

Sumber: Berita Harian