Daihatsu Sirion - Raih anugerah City Car Terbaik untuk anak muda di Indonesia

oleh HEZERI SAMSURI|
Daihatsu Sirion menerima anugerah kenderaan urban terbaik pilihan golongan muda di Indonesia oleh Marketeers Youth Choice Brands of the year 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penghargaan itu diberikan selepas Sirion dipilih oleh majoriti penjawab kaji-selidik atas talian yang dilakukan oleh Marketeers dari Oktober hingga November 2020 lalu.

Lebih kurang 1,300 responden dari Generasi Z (18-25 tahun) di Indonesia yang terbabit dan kebanyakannya adalah mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi di negara tersebut.

Sirion dijual di Indonesia oleh PT Astra Daihatsu dan menurut Amelia Tjandra, Pengarah Pemasaran dan Komunikasinya, Sirion memang disasarkan untuk golongan muda-mudi dengan kelengkapan-kelengkapan yang menarik dan terkini.

Model Daihatsu itu dibina di kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Global
Ia berikutan arahan untuk menghentikan jualannya selepas syarikat itu terlibat dengan isu penipuan…
Berita Global
Daihatsu bercadang untuk menambah jumlah ujian pensijilan kualiti kepada pekerja-pekerjanya…