
Jika ditukar kepada matawang tempatan harga tersebut lebih tinggi berbanding Perodua Ativa namun angka 14 ribu pound berada dalam lingkungan mampu milik di UK.
Dacia Duster terbukti popular dengan jualan telah mencecah dua juta unit di hampir 60 buah negara.
Duster generasi dilancarkan di Eropah pada tahun 2010 dan dengan pantas membina reputasi sebagai SUV mampu milik.
DNA sebuah Duster

Duster dibangunkan untuk pelanggan yang mahukan sebuah SUV selesa, menarik dan 4x4 yang versatil. Bukan setakat itu, Duster juga perlu membawakan nilai yang tiada pada pesaing.
Senang cerita, SUV yang benar-benar boleh dipakai, menarik dan mampu dimiliki ramai.
Lama di pasaran Dacia memperkenalkan Duster generasi kedua pada tahun 2017.
Konsep rekabentuknya jelas, kekalkan DNA asal Duster dan mantapkan lagi kekuatan dan penawarannya.
Seperti biasa, pertandingan reka bentuk di kalangan pereka Dacia dibuat.
Hasilnya, sebuah rekaan dengan gaya maskulin, garis badan yang dinaikkan dan tingkap sukuan lebih tinggi dan gril yang menonjol telah terpilih.
Pemilihan reka bentuk itu memang menarik dan boleh dilihat pada Duster di pasaran sekarang yang nampak kemas, rugged dan premium.
Duster generasi kedua masih membawa pengaruh generasi pertama dan pelanggan tidak perlu fikir terlalu berat untuk memilihnya.
Design-to-Cost (DTC)
Dari segi pendekatan, fokus Dacia ialah pada aspek mampu milik dan dalam membangunkan Duster para pereka dan jurutera menggunakan kaedah Design-to-Cost (DTC).
Kakitangan yang terlibat menggunakan inovasi tahap tinggi bagi membangunkan produk mampu milik dan boleh diharap bagi memenuhi jangkaan pelanggan.
Satu daripada contoh yang berjaya dilakukan ialah plastik atau Snorkel yang menempatkan lampu isyarat pada fender.

Ianya dibuat selepas jarak roda atau offset hampir dengan pintu dan mustahil untuk dibuat tekan tera (stamping) mengikut bentuk yang diperlukan.
Dengan itu, para pereka menggantikannya dengan plastik dan selain nampak rugged ianya berfungsi sebagai perlindungan daripada tanah dan lecak yang berterbangan.
Tidak hanya melibatkan inovasi kenderaan, kilang Dacia di Pitesti di Romania diubah suai dan dinaik taraf untuk pengeluaran Duster.

Bukan setakat boleh diharap, turut dibawa berlumba
Sebagai sebuah kenderaan versatil, Dacia bukan sahaja dibuktikan oleh orang awam.
SUV ini turut digunakan di dalam pelbagai perlumbaan termasuk acara terkenal Pikes Peak di Amerika Syarikat.
Duster dilumbakan di Maghribi manakala di Poland dan Perancis menjadi pilihan popular dan mempunyai acara sendiri iaitu Dacia Duster Motrio Cup.

Jadi ambulan pun boleh
Selain digunakan orang awam, Duster turut menjadi pilihan badan kerajaan seperti polis dan baru-baru ini Kementerian Pertahanan Romania telah menempah 880 buah Duster.
Selain SUV, Dacia turut menawarkan pikap Duster dan menjadi alternatif kepada pengguna yang tidak mahukan pikap besar.

Fakta dan statistik menarik tentang Dacia Duster:
- Menang lebih daripada 40 anugerah termasuk Kereta Terbaik Tahunan di Romania, SUV Keluarga Terbaik di UK dari Anugerah What Car 2022 dan sebagainya.
- Secara purata 1,000 unit Duster dikeluarkan setiap hari atau seunit dalam tempoh 63 saat.
- 2 juta unit Duster yang dikeluarkan bersamaan 2,100 padang bola sepak atau 380 kali ketinggian Gunung Everest.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
