Czinger 21C - hypercar 1,233 hp dengan enjin hibrid V8 2.88 liter, 0-100 dalam 1.9 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung suku pertama tahun 2020 yang lalu menyaksikan kehadiran sebuah lagi jenama automotif baharu yang bakal memberikan saingan kepada hypercar yang ada di persada dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Czinger 21C mempunyai reka bentuk yang sememangnya unik, dan jika anda perasan ia mempunyai konfigurasi tempat duduk yang diinpsirasikan daripada jet pejuang, di mana pemandu duduk di tengah-tengah kereta.

Kini, pengeluar tersebut telah menerbitkan spesifikasi lengkap hypercar yang berkuasa 1,233 hp itu.

 


Untuk memastikan berat badan yang minimum (1,200 kg), Czinger mengaplikasikan proses pencetakan tiga dimensi (lebih dikenali sebagai proses pembuatan aditif) untuk komponen yang diperbuat daripada aloi aluminium dan titanium, selain menggunakan bahan gentian karbon.

Proses pensinteran yang digunakan dalam Selective Layer Sintering (SLS) menggunakan teknologi laser untuk membentuk komponen yang dibina daripada serbuk keluli lapisan demi lapisan sehinggalah komponen tersebut siap dibina

 


Selepas itu, proses pemasangan hypercar Czinger 21C diserahkan kepada sistem robotik Automated Unit (AU) yang boleh dilakukan sendiri tanpa memerlukan pengawasan rapat manusia.

Unit enjin yang digunakan oleh Czinger 21C ini adalah nadi hibrid yang terdiri daripada enjin flat-plane crank bentangan V8 yang mampu mencapai putaran enjin 11,000 rpm berkapasiti 2.88 liter, dibantu dengan janaan induksi paksaan turbo berkembar dan dipadankan dengan dua unit motor elektrik.

 


Secara keseluruhan, hypercar ini mampu menghasilkan 1,233 kuasa kuda dan mampu memecut sepantas 1.9 saat dari 0-100 km/j dengan kelajuan maksimum 431 km/j.

Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi sekuential tujuh nisbah kelajuan dengan dua spesifikasi yang bakal ditawarkan - satu untuk kegunaan litar dan satu lagi dikonfigurasikan untuk kegunaan jalan raya biasa.

 


Harga jualan Czinger 21C bermula dari $1.7 juta (RM6.87 juta) dan hanya 80 unit sahaja ditawarkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Hypercar ini menggunakan konfigurasi trenkuasa yang agak unik, terdiri daripada enjin 2.88 liter…