80 unit hypercar Czinger 21C selamat sampai ke tangan pemilik masing-masing

oleh Mohamad Hanif|
Penghujung tahun lalu, syarikat Czinger memperlihatkan secara rasmi hypercar 21C dan kesemua 80 unit yang diproduksikan itu telah pun selamat tiba di tangan pembeli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hypercar ini menggunakan konfigurasi trenkuasa yang agak unik, terdiri daripada enjin 2.88 liter bentangan V8 flat-plane dengan had garis merah mencecah 11,000 rpm, dua unit motor elektrik, sistem elektrik 800 voltan serta sistem regeneratif sama seperti F1.

Secara keseluruhan, hypercar ini mampu menjana kuasa setinggi 1,233 hp yang dipadankan dengan transmisi sekuential tujuh nisbah kelajuan.

 


Lebih unik lagi, enjin tersebut direka untuk menerima suapan bahan api yang pelbagai, termasuklah bahan api methanol dan e-fuel!

Dengan berat badan sekitar 1,240 kg, ia sekaligus menjadikan nisbah kuasa-kepada-berat 21C ini adalah 1:1 dan berupaya memecut sepantas 1.9 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 452 km/j.

Tidak cukup dengan itu, pecutan suku batu boleh diselesaikan dalam masa 8.1 saat, sementara pecutan 0-300 km/j hanya sekitar 8.5 saat sebelum berhenti sepenuhnya dalam tempoh 5.3 saat.

0-400 km/j pula adalah sekitar 21.3 saat.

 


Sistem aerodinamik Czinger 21C ini mampu menjana daya turun seberat 615 kg pada kelajuan 161 km/j dan seberat 2,500 kg pada kelajuan 322 km/j.

Salah satu kejuruteraan unik yang didatangkan pada pembinaan Czinger 21C ini adalah penggunaan teknik pembuatan aditif atau percetakan tiga dimensi untuk komponen yang biasanya kompleks untuk dihasilkan menerusi cara tradisional.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Czinger 21C boleh didapati dalam dua spesifikasi utama - satu untuk kegunaan litar dan kegunaan jalan raya biasa.

 


Harga jualan Czinger 21C bermula dari $1.7 juta (RM7.01 juta).

Baca: Spesifikasi Czinger 21C

Berita Berkenaan

Berita Global
Czinger 21C mempunyai reka bentuk yang sememangnya unik, dan jika anda perasan ia mempunyai…