Untuk mencapai status tersebut, garis panduan tegas daripada Mercedes-Benz Group AG perlu dipatuhi dengan beberapa siri penilaian terhadap Body & Paint Centre dijalankan bersama oleh Pakar Teknikal dari Mercedes-Benz Global Service & Parts dan Pasukan Perkhidmatan Pelanggan Mercedes-Benz Malaysia.
Ianya termasuk latihan teknikal untuk memastikan kakitangannya terlatih dan memenuhi piawaian Mercedes-Benz dalam memulihkan kenderaan kepada spesifikasi asal, daripada kemek kecil kepada hingga yang rosak teruk.
Cycle & Carriage Glenmarie memiliki keluasan 86,600 kaki persegi yang terdiri dari bengkel, pusat badan & cat, butik tayar & rim, bilik pameran dengan 10 unit paparan dan kawasan pejabat.
Ianya mampu untuk mengendalikan 21 unit kenderaan di ruang kerjanya dan 15 unit kenderaan untuk pusat badan dan cat pada satu-satu masa.
Ia juga lengkap dengan peralatan dan pengetahuan teknikal untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan yang kompleks termasuk penjajaran semula casis dan kimpalan struktur aluminium, memastikan bahagian asal digunakan dan kerja dilakukan oleh juruteknik bertauliah.
Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Thomas Tok berkata, “Di Cycle & Carriage, kami meletakkan keselamatan pelanggan di tengah-tengah segala yang kami lakukan, termasuk pembaikan dan perkhidmatan,"
"dan kami berbangga untuk mengatakan bahawa Cycle & Carriage Glenmarie telah mencapai Status terakreditasi Mercedes-Benz yang tertinggi untuk dapat memberikan anda penjagaan dan perkhidmatan yang diperlukan daripada jenama mewah premium.”
“Cycle & Carriage kekal komited terhadap kecemerlangan dalam menawarkan perkhidmatan kereta mewah. Kami menjangkakan lebih ramai pemilik Mercedes-Benz mendapat manfaat daripada perkhidmatan pembaikan bertaraf dunia yang ditawarkan,"
"dan akan terus meningkatkan lebih banyak kemudahan selepas jualan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan kami,” tambahnya.