CUPRA Leon Sportstourer, gaya dan kuasa dalam pakej wagon

oleh Muhammad Md Tajudin|
CUPRA Leon Sportstourer
CUPRA Leon Sportstourer
CUPRA merupakan satu jenama di bawah SEAT, pengeluar kereta dari Sepanyol dan mengkhususkan kepada model-model berprestasi.

CUPRA sebelum ini dikenali sebagai SEAT Sport dan bahagian permotoran itu ditukar kepada CUPRA Racing.

Sejak dilancarkan sebagai jenama sendiri pada 2018, CUPRA terus menghasilkan model-model berprestasi dan menariknya tidak hanya tertumpu kepada kepada model hatchback yang selalu dikaitkan dengan permotoran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
CUPRA

 

CUPRA mempunyai Ateca, SUV berprestasi tinggi dan selain kenderaan keluarga itu turut memperkenalkan sebuah wagon atau dikenali sebagai Leon Sporstourer.  

Sebuah lagi model iaitu Formentor pula dibangunkan khusus untuk CUPRA dan dikelaskan sebagai CUV atau crossover utility vehicle.

Leon bukan model baharu untuk SEAT, generasi pertama dikeluarkan pada 1998 dan kini berada pada generasi keempat dan diperkenalkan pada Januari 2020.

Leon juga nama besar di dalam dunia perlumbaan.

Apabila CUPRA turut menawarkan Leon Sportstourer di samping Leon lima pintu ia satu yang mengujakan.

Ini memberi pilihan kepada pelanggan yang mahukan sebuah kereta praktikal dan mempunyai ciri sporti.

 

CUPRA Leon Sportstourer

 

Leon ditawarkan dengan enjin 2.0 liter TSI berbilang kuasa iaitu 245PS, 370Nm dan 300PS, 400Nm.

Istimewa dan eksklusif untuk Sportstourer ialah kuasa 310PS, 400Nm dengan pacuan 4Drive.

Selain nadi konvensional, CUPRA Leon turut ditawarkan dengan rangkaian kuasa 1.4 TSI PHEV 245PS, 400Nm dan pemanduan elektrik sehingga 60km (WLTP).

SEAT merupakan subsidiari Kumpulan Volkswagen dan CUPRA Leon menggunakan platform MQB Evo yang turut membantu dalam membentuk karakter dinamika pemanduan.

Dari segi pengawalan pemanduan, Leon dilengkapi sistem DCC Dynamic Chassis Control dengan mod spesifik untuk CUPRA dan pilihan boleh dibuat menggunakan slider DCC jenis sentuh.

Dengan badan kereta lebih tegar dan casis yang boleh dilaras hasil penggunaan sistem DCC Dynamic Chassis

 

CUPRA Leon Sportstourer

 

Bahagian luar diserlahkan lagi dengan roda aloi 19 inci dalam dua warna pilihan iaitu tembaga atau kemasan berlian (diamond finish).

Berkenaan warna, pembeli boleh memilih di antara Magnetic Tech Matt atau Petrol Blue Matt. 

Pada bahagian dalam, Leon menggunakan skema warna Petrol Blue dan pembeli diberi pilihan menggantikan balutan tekstil pada kerusi bucket balutan dengan kulit hitam.

Menemani pemandu dan penumpang ialah skrin maklumat hibur (infotainment) Panoramic berukuran sepuluh inci.

CUPRA Leon dijadual untuk berada di pasaran pada musim luruh 2020 (September - November). 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

CUPRA Leon Competición
CUPRA Leon Competición

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model asas Born, Born VZ telah diberi naik taraf untuk menjadikannya sebuah hot hatch…
Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Berita Global
     Dari segi reka bentuk, CUPRA Tavascan tampil agresif dengan bampar yang menonjol dan bentuk…