Cuaca panas melampau, jalan tar di India cair

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Cuaca panas ekstrem menyebabkan jalan tar di kawasan negeri Gujarat, India Cair.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tular satu rakaman yang menunjukkan keadaan jalan tar tersebut, dimana jelas kelihatan permukaan jalan cair seperti lepas hujan.

Menurut laporan, jalan sepanjang 200 meter menghubungkan Jambatan Chandra Shekar Azad dan Adajan Patiya itu baru sahaja diturap pada 11 April lalu.

Peningkatan suhu panas sejak minggu lalu menyebabkan permukaan jalan cair dan situasi itu telah mengakibatkan gangguan trafik.

Beberapa penunggang motosikal 'tersekat' di jalan tersebut, malah ada pengguna terpaksa pulang ke rumah berkaki ayam selepas kasut atau selipar mereka melekat di permukaan jalan.

Berikutan kejadian itu, wakil Perbadanan Perbandaran Surat (SMC) memaklumkan tindakan menabur pasir di kawasan berkenaan telah diambil bagi memastikan kelancaran trafik.

Wakil SMC itu juga menafikan dakwaan bahawa pihak kontraktor yang bertanggungjawab menaik taraf jalan tersebut menggunakan bahan tidak mematuhi standard.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Informasi
Namun, bila cuaca panas melanda, rasa lagi terseksa bila nak buat sesuatu aktiviti, terutama sekali…
Berita Global
Landasan terbang Brize Norton itu cair akibat cuaca panas, kata sumber tentera yang dilaporkan oleh…
Informasi
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran gelombang haba yang kini melanda Semenanjung…