COVID-19: Volvo Cars bakal hentikan 1,300 orang pekerja di Sweden

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan dari Eropah, Volvo Cars dilaporkan akan menghentikan kira-kira 1,300 orang pekerja kolar putih di Sweden sebagai langkah penstrukturan semula modal perniagaan serta pembangunan produk baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Volvo, langkah ini juga diperlukan memandangkan langkah perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan menyekat pergerakan masyarakat serta memberikan kesan kepada penjualan kenderaan.

Pandemik COVID-19 bukan sahaja memberikan kesan kepada Volvo, malah ia juga turut memaksa para pengeluar automotif global untuk menghentikan sementara produksi disebabkan permintaan yang merudum.

Difahamkan, Volvo juga baharu sahaja membuka kilang di Sweden pada minggu lalu setelah penutupan operasi selama lebih sebulan.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Volvo Birthday Sale hanya akan berlangsung pada hujung minggu iaitu pada 26 hingga 28 April…
Berita Domestik
Acara tersebut menyaksikan 240 peserta terdiri daripada pemilik dan peminat Volvo sama-sama…
Informasi
Dalam tempoh lebih 96 tahun berinovasi, Volvo Cars telah mencipta beberapa ciri yang sangat penting…