COVID-19: Tesla diarah polis untuk tutup kilang

oleh HEZERI SAMSURI|
Kilang Tesla diarah untuk menghormati keputusan kerajaan setempat yang mahukan semua premis perniagaan dan pengilangan ditutup selama tiga minggu.

Pegawai-pegawai kesihatan di kawasan Bay Area telah mengambil keputusan untuk mengarahkan semua penduduk untuk duduk di dalam rumah selama tiga minggu bermula dari awal minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya perkhidmatan penting sahaja yang dibenarkan beroperasi.

Namun begitu, CEO Tesla, Elon Musk beranggapan proses pembuatan kereta Tesla itu adalah satu perkhidmatan penting dan mengarahkan semua pekerja hadir pada hari pertama larangan tersebut.

 

 

Ini mengakibatkan syerif polis di kawasan itu membuat pengumuman rasmi bahawa sektor pembuatan kenderaan tidak termasuk di dalam perkhidmatan penting dan mengarahkan Tesla menghormati larangan itu.

Menurut Twitter Musk sebelum ini, beliau nampaknya memandang remeh akan mengenai kejadian pandemik sekarang.

Buat masa sekarang, fanatik-fanatik Elon nampaknya tidak seperti biasa, mendewakan tokoh EV itu.

"Peminat-peminat Elon seperti "buat-buat tak tau" akan perangai ikon mereka itu seolah-olah ia tidak berlaku," komen seorang pakar industri automotif tempatan.

Kita tunggu dan lihat apa yang akan dikatakan oleh "bad boy" Elon kepada syerif tersebut.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…