COVID-19: Peraturan kuarantin 14 hari para peserta perlumbaan Grand Prix British sukarkan pasukan

oleh SALINA JALIL|
Saingan Grand Prix (GP) mustahil untuk dilangsungkan tahun ini jika mereka yang terbabit dalam sukan elit berkenaan tidak mematuhi peraturan kuarantin selama 14 hari ketika memasuki United Kingdom (UK).


Silverstone bercadang untuk menganjurkan dua perlumbaan tanpa penonton (tertakluk kepada kelulusan kerajaan) bagi menggantikan beberapa perlumbaan musim ini apabila 10 saingan sudah dibatalkan atau ditangguhkan.

 

Pengarah Urusan Silverstone, Stuart Pringle berkata, persetujuan sudah dicapai dengan Formula Satu (F1) untuk mengadakah perlumbaan di litar berkenaan selepas saingan musim ini bermula di Austria.

 

Bagaimanapun, strategi pemulihan Covid-19 kerajaan UK menetapkan kuarantin selama 14 hari bagi peraturan ketibaan antarabangsa.

 

"Kuarantin selama 14 hari menjadikan ia mustahil diadakan GP British tahun ini. Ia juga mendatangkan impak besar terhadap ribuan pekerjaan dikaitkan dengan F1 dan sektor sokongan.

 

"Jika sukan elit itu mahu kembali ke TV, pengecualian mesti diberikan," kata jurucakap F1 kepada pihak media.

 

Penganjur F1 berharap dapat memulakan saingan musim ini dengan aksi pertama di GP Austria pada Julai, diikuti perlumbaan kedua di litar sama seminggu kemudian.

 

Mereka juga berharap Silverstone dapat menganjurkan dua perlumbaan tanpa penonton pada dua minggu terakhir Julai.

 

 

 

HM

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebelum ini pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd ketika dalam tahanan polis di Amerika…
Berita Global
  Musim F1 terganggu selepas pembatalan pusingan pembuka tirai di GP Australia pada Mac, hanya…
Berita Global
Antara contoh yang dibawakan dari dunia perlumbaan termasuklah sistem pacuan semua roda, casis…