Continental sedang hasilkan bateri kompak untuk skuter elektrik

oleh HEZERI SAMSURI|
Gergasi komponen automotif Jerman, Continental telah mengumumkan ia sedang menghasilkan bateri kompak khusus untuk skuter dan basikal elektrik. Kerjasama Continental dan syarikat bateri Varta itu bakal melihat pek bateri 48 volt yang kompak dan boleh dialih. 

Bateri yang dinamakan V4Drive ini menggunakan teknologi sel lithium-ion dengan kebolehan caj pantas dan disasarkan kepada kenderaan dengan saiz skuter atau motosikal 125cc. 

Setiap sel mampu untuk perjalanan sejauh 50km dan menghasilkan 10kW tenaga, dan sel itu boleh digabungkan. Ini bermakna sebuah kenderaan boleh direka untuk memuatkan dua sel baterik kompak V4Drive untuk jarak perjalanan yang lebih jauh.

Seberat 9kg, sel bateri yang boleh dialih ini memudahkan pemilik-pemilik untuk mengecaj bateri di dalam rumah atau di dalam pejabat.

V4Drive ini mungkin akan mempunyai sistem dan dimensi yang sama dengan bateri kompak yang sedang dihasilkan oleh konsortium Honda, KTM, Yamaha dan Piaggio.

Jika satu dunia menggunakan bateri kompak dengan dimensi dan sistem yang sama, masa hadapan skuter dan motosikal elektrik adalah lebih cerah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Fasa awal pelaksanaan menyasarkan sekurang-kurangnya 60 cawangan menjelang Disember 2025, dengan…
Berita Domestik
Pengembangan teknologi ContiSeal bertujuan untuk memanfaatkan rangkaian pemilik kereta yang lebih…
Berita Global
Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon…