Continental Malaysia tawarkan ganjaran menarik sempena Tahun Baru Cina

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sempena menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, Continental Tyre Malaysia menawarkan beberapa ganjaran menarik berupa rebat angpau e-dompet untuk mereka yang melakukan pembelian tayar baharu Continental.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mulai 6 Januari hingga 15 Februari, anda hanya perlu membeli minimum dua tayar jenama Continental bersaiz 14 inci dan ke atas, di mana-mana pengedar yang mengambil bahagian di seluruh negara atau di kedai Shopee rasmi Continental untuk layak menerima baucar e-dompet Touch ‘n Go.

Bagi pembelian tayar bersaiz 14 dan 15 inci, anda akan menerima rebat RM20 untuk 2 tayar yang dibeli dan RM40 untuk 4 tayar. Manakala pembelian tayar bersaiz 16 inci dan ke atas pula layak menerima rebat RM50 untuk 2 tayar dan RM100 untuk 4 tayar.

2

Antara tayar ditawarkan dalam kempen tersebut ialah Continental UltraContact UC7 yang baru dilancarkan baru-baru ini, UC7 boleh didapati dalam saiz 15 hingga 18 inci dan sesuai untuk kereta bersaiz sederhana, MPV dan sedan mewah.

Semua promosi yang ditawarkan hanya terpakai untuk kereta penumpang dan 4x4 sahaja, untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan kempen tersebut anda boleh layari laman sesawang Continental Malaysia atau laman Facebook mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sistem terbaharu itu adalah teknologi sama seperti pengecaman muka yang digunakan pada telefon…
Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat tersebut telah mengadakan cabaran Conti Mount Kinabalu Challenge 2023 yang…
Berita Domestik
Berbanding dengan tayar UltraContact  UC6 yang terbukti mempunyai reputasi yang baik, UltraContact…