China mahu semua 300 pengeluar EV bersatu

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga kini, pasaran automotif terbesar di dunia memiliki tidak kurang daripada 300 buah syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) - terlalu banyak dan hakikat ini diakui sendiri oleh kerajaan China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut menteri Teknologi Informasi dan Industri China, Xiao Yaqing menjelaskan angka 300 itu adalah terlalu banyak, di mana kebanyakannya merupakan syarikat yang kecil kapasitinya, di mana kerajaan kini menggalakkan usaha penggabungan atau penstrukturan semula di dalam sektor EV.

Menurut laporan daripada Auto News, kerajaan China pada ketika ini sedang menggariskan panduan bagi mengawal kapasiti yang berlebihan dalam menyalurkan sumber kepada hab produksi utama.

Malah, kerajaan juga mungkin akan menetapkan kadar minimum kapasiti pengeluaran untuk industri dan wilayah, dan langkah ini akan menghalang mana-mana pihak yang tidak memenuhi syarat ini daripada mendapat kelulusan projek baharu.
 

China


Sepanjang tahun 2020, kerajaan China telah menyalurkan kira-kira 33 bilion yuan (RM21.32 bilion) subsidi bagi menggalakkan pembelian kenderaan hijau untuk tempoh lima tahun.

Malah, kebanyakan pihak berkuasa wilayah juga turut menawarkan pengecualian cukai dan insentif bagi menggalakkan pengeluar EV untuk mendirikan fasiliti di tempat mereka.

Seperti contoh, wilayah Jiangsu di utara Shanghai merupakan rumah kepada 30 buah syarikat automotif namun kebanyakan daripada syarikat itu sudah pun bankrap.

Selain daripada dorongan untuk menyatukan syarikat EV, pihak kementerian juga sedang berusaha untuk menangani masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor.

Baru-baru ini, tiga syarikat pengedar cip automotif telah didenda atas kesalahan menaikkan harga.

Sumber: Auto News

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Sukan Bermotor
Andi Farid Izdihar dari Indonesia yang mewakili Honda Asia-Dream Racing meraih tempat kedua dengan…
Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…