China larang pesawat Boeing 737 MAX terbang

oleh SALINA JALIL|
Pengawal selia penerbangan China belum membenarkan pesawat Boeing 737 MAX yang terpalit masalah memulakan penerbangan.


Ia selepas syarikat penerbangan terbesar itu berdepan masalah keselamatan yang berlanjutan, walaupun Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan penerbangan komersial.
Modenas

 

Pesawat Boeing yang paling laris itu tidak dibenarkan terbang di seluruh dunia pada awal tahun lalu, berikutan dua kemalangan yang mengorbankan 346 penumpang.

 

Sejak itu, ia menghadapi ujian dan proses kelulusan yang panjang dengan pengawal selia penerbangan di seluruh dunia.

 

Memetik laporan media tempatan CCTV, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) semalam berkata, pihaknya tidak menetapkan waktu spesifik untuk menyambung semula penerbangan menerusi pesawat itu.

 

Pengumuman itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada syarikat pembuat pesawat itu. China adalah yang pertama menangguhkan penerbangan menggunakan pesawat berkenaan.

 

Pihak pengawal selia itu menjelaskan, hasil siasatan terhadap insiden maut di Indonesia dan Ethiopia harus dijalankan dengan telus dan reka bentuk pesawat berkenaan juga harus diperbaiki secara efektif dan memperoleh kelulusan.

 

Sementara itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS pada Rabu, meluluskan operasi penerbangan komerisal membabitkan pesawat berkenaan. Mengenai kemalangan yang dihadapi pesawat Boeing, ia dipercayai berkaitan dengan sistem anti-stall yang dipanggil MCAS berdasarkan hasil siasatan terhadap insiden terbabit.

 

Pengarah CAAC, Feng Zhenglin, berkata pada Oktober landasan pesawat milik China tidak akan bertolak ansur terhadap risiko bahaya.

 

Menurut Boeing pada minggu lalu, pihaknya menjangkakan China akan membeli lebih 8,600 pesawat baharu bernilai AS$1.4 trilion (RM5.7 trilion) dalam tempoh dua dekad akan datang apabila republik itu diramalkan pulih sedia kala dari penularan pandemik.

 

 

- AFP/Berita Harian

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Belum pun sempat fasa pengujian semula bagi pesawat Boeing 737 Max, Federal Aviation Administration…