FAA: Boeing 737 Max ada masalah baru!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Belum pun sempat fasa pengujian semula bagi pesawat Boeing 737 Max, Federal Aviation Administration (FAA) kini menemukan masalah baharu pada pesawat itu. 

Menurut FAA, terdapat risiko yang berpotensi dikesan ketika ujian simulator sedang dijalankan, namun tidak memberikan butiran lanjut mengenainya. 

Boeing pada ketika ini sedang menaiktaraf perisian anti-pegun (anti-stall software) yang menjadi fokus kepada siasatan nahas kejadian yang melibatkan dua buah pesawat 737 Max.

Dalam satu hantaran di Twitter, FAA telah mengenalpasti risiko berpotensi yang perlu diatasi oleh syarikat Boeing. 

 


Bulan lalu, FAA menjangkakan pesawat Boeing 737 Max akan mula memasuki fasa ujian penerbangan semula pada awal Julai, namun penemuan baharu ini mungkin akan melambatkan lagi operasi penerbangan bagi kebanyakan syarikat pengendali. 

Pesawat Boeing 737 Max dihentikan perkhidmatan penerbangan buat seketika setelah dua kejadian nahas ngeri berlaku melibatkan penerbangan Ethiopia dan Lion Air tahun lalu. 

Menurut laporan awal, kedua-dua kemalangan ini berpunca daripada sistem kawalan penerbangan pada pesawat 737 Max yang disebabkan oleh sistem pengesan yang bermasalah. 
 

Sumber: BBC

Berita Berkenaan

Informasi
Beliau tidak menafikan bahawa harga tiket penerbangan akan melonjak naik pada musim perayaan lebih-…
Berita Domestik
Dalam pelancaran Double Takeoff yang diadakan di KLIA 2 pada 30 Jun lepas, MYAirline memperkenalkan…
Informasi
  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GCAA) memberitahu Agensi Berita Emirates (WAM) bahawa syarikat…