Chelsea Truck Company hasil kit badan lebar untuk Defender

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat banyak pihak ketiga yang sudah mula menawarkan pakej naiktaraf aksesori dan kit badan untuk model SUV Land Rover Defender.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Salah satu daripadanya adalah Chelsea Truck Company yang diasaskan oleh Azfal Kahn. Ya. Individu sama yang mengasaskan Kahn Automobiles lebih 20 tahun yang lalu.
 

Defender


CTC sebelum ini terkenal dengan hasil kerja terhadap Defender generasi pertama, trak pikap X-Class, G-wagen dan juga Jeep Wrangler.

CTC menawarkan kit badan lebar untuk kedua-dua versi badan Defender 90 dan Defender 110 yang merangkumi rim Type 57 Kahn bersaiz 23 inci, spoiler gentian karbon, bampar depan beserta lip spoiler, skirt sisi, penambahan pada arka roda, kemasan hitam pada lampu utama, serta mud flap.
 

Chelsea


Selain daripada itu, penampilan Defender turut diserikan dengan pemasangan tip ekzos keluli tahan karat bersegi, dan upholsteri kulit khas pada ruang kabin di mana model Defender 90 mendapat kulit merah sementara Defender 110 pula mendapat kemasan kulit jingga.

Harga jualan kit badan lebar Defender ini bermula dari £109,999 (RM622,446) untuk Defender 110, atau £114,999 (RM650,739) untuk Defender 90, bergantung kepada pemilihan spesifikasi enjin, serta opsyen tambahan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa pun perbezaan antara kedua belah pihak, bagi kami GR Supra masih lagi merupakan salah satu…
Berita Global
Berdasarkan imej janaan komputer yang dibekalkan, Liberty Walk menjadikan Ferrari F40 tersebut…
Berita Global
Rocket Bunny kini menawarkan kit badan lebar khusus untuk model kereta sports pacuan roda belakang…