CFMoto 250SR 2020 rasmi dilancarkan di Malaysia - bermula dari RM15,800

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran motosikal segmen 250 cc di Malaysia kian meriah dengan kehadiran sebuah lagi model motosikal sports baharu yang dilancarkan di Pulau Pinang, iaitu CFMoto 250SR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sportsbike CFMoto 250SR itu hadir dengan penawaran enjin silinder tunggal bersesaran 249.2 cc DOHC dengan angka output 27.5 hp dan daya kilas 22 Nm pada putaran enjin 7,500 rpm.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan, dengan bantuan klac jenis slipper.

 


Sistem suspensi motosikal reraup penuh ini menggunakan jenis teleskopik upside down di hadapan, dan sistem suspensi tunggal di bahagian belakang, sementara sistem brek pula adalah jenis cakera tunggal bersaiz 292 mm dengan angkup brek empat omboh hadapan, dan cakera 220 mm dengan angkup terapung omboh tunggal di belakang.

Ciri keselamatan ABS dari Continental dua saluran adalah standard.

 


Rim pula adalah jenis aloi aluminium bersaiz 17 inci dengan tayar saiz 110/70 hadapan dan 140/60 di belakang.

Dari segi penawaran, CFMoto 250SR didatangkan dengan ciri standard lampu LED depan dan belakang, skrin paparan TFT berwarna penuh, tangki bahan api berkapasiti 12 liter, dan ketinggian pelana adalah 780 mm.

 


Didatangkan dalam dua pilihan warna menarik, CFMoto 250SR dijual pada harga bermula dari RM15,800 sementara warna edisi terhad biru dengan liveri perlumbaan pula pada harga sedikit mahal, RM17,800.

Jaminan yang diberikan untuk setiap model adalah selama dua tahun tanpa had perbatuan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat motosikal Jepun itu kini bakal berganding bahu bersama Zhejiang CFMoto Power (CFMoto) yang…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Pelancaran Motosikal
Apa yang menariknya, setelah pelancaran global itu, model CFMOTO 450SR bakal ditawarkan untuk…