CFMoto 250 CL-X Heritage: bakal hadir di Malaysia?

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejayaan syarikat motosikal China, CFMoto dengan model 700 CL-X Heritage nampaknya akan membuka lembaran baru bagi pasaran Asia pula.

Model roadster 700 CL-X Heritage yang telah dilancarkan di Eropah dan ia menggunakan platform KTM 690 yang walaupun sudah berusia, terbukti dari segi prestasi dan kelasakan.

Dari model Heritage, CFMoto akan menghasilkan varian Sport yang lebih dinamik dan juga varian Adventure, khusus untuk menangkis serangan model baharu Triumph Tiger Sport 660.

Untuk Asia, CFMoto akan menggunakan platform 250cc mereka bagi menghasilkan 250 CL-X Heritage dengan harga lebih mampu milik.

CFMoto memang sudah tiba di Malaysia tetapi cara pemasarannya masih jauh ketinggalan dari jenama-jenama pesaing seperti Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki. 

Ia juga masih kurang dari segi promosi dan pusat servis, dan mungkin CFMoto patut mencari rakan kongsi yang lebih serius dalam membuat pelaburan untuk pasaran Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
CFMoto 800MT secara asasnya merupakan 'kembar' kepada model KTM 790 Adventure, di mana ia mengguna…
Berita Global
Tidak puas hati dengan usaha itu sahaja, CFMoto mahu menghasilkan produk mereka sendiri dengan…
Berita Global
Motosikal genre "naked" yang kelihatan seperti model konsep CLX700 di Eicma tahun 2019 itu…