Tempat beliau bakal digantikan oleh Feng Qingfeng, naib presiden dan ketua pegawai kewangan Geely Auto Group.
Walaubagaimanapun, Gales akan terus berkhidmat sebagai ketua penasihat strategik kepada Pengerusi Lotus Daniel Dounghui Li.
Menurut Daniel, "Jean-Marc telah berjaya meningkatkan keuntungan kepada syarikat Lotus buat pertama kalinya di dalam sejarah."
"Di bawah kepimpinan Feng Qingfeng, Lotus kini akan meluaskan lagi penguasaan Geely terutamanya di dalam bidang kereta sports," tambah beliau.
Gales meninggalkan jawatan tersebut atas urusan peribadi dan bakal mengetuai sebuah syarikat pengedar dan restorasi kenderaan klasik, JD Classics.
Ketika beradi di dalam Lotus, Gales telah berusaha memperkemaskan penawaran kereta-kereta seperti Elise, Exige dan Evora, dan terkini telah meluluskan dua buah projek kereta sports terbaharu yang bakal diumumkan pada tahun ini dan 2020.
Malah, Lotus juga diberitakan bakal menggunakan platform SPA daripada Volvo untuk membina sebuah SUV pertama daripada Lotus.
Kepada Jean-Marc Gales, selamat maju jaya diucapkan!