Celica mungkin muncul sebagai EV dengan platform tiga modular - Laporan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berita mengenai kemunculan semula Toyota Celica dalam era moden sebelum ini telah dikuatkan lagi dengan usaha pengerusi Toyota, Akio Toyoda untuk menghidupkan semula nama ikonik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perkembangan terkini, Celica dikatakan bakal menerima inovasi terbaharu Toyota, di mana ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah EV dengan platform sama seperti LF-ZC Concept yang telah didedahkan di Japan Mobility Show 2023.

 

2
LF-ZC Concept

 

Bulan lepas juga Akio Toyoda dalam satu temubual di saluran YouTube Toyota Times telah mengesahkan bahawa beliau telah menghantar permohonan untuk menghidupkan semula nama Celica dalam era EV.

Mengenai platform dari LF-ZC Concept pula, ia turut digunakan oleh dua lagi model konsep Toyota yang lebih kecil iaitu FT-Se dan FT-3e.

 

4
Toyota FT-Se Concept

 

Inovasi platform baharu mengaplikasikan teknologi gigacasting Toyota, di mana binaannya dapat mengurangkan penggunaan komponen yang diperlukan.

Seni bina platform baharu itu merangkumi struktur tiga modular, iaitu depan, tengah dan belakang. Modular pada bahagian depan dan belakang juga boleh diselaras bergantung kepada saiz model, manakala bahagian tengah merupakan lokasi untuk pek bateri.

 

5
Struktur tiga modular Toyota

 

Memandangkan hayat pengeluaran GR86 dijangkakan tidak lama, terdapat ruang untuk model kereta sport 'berenjin hadapan' dalam rangkaian masa depan Toyota.

Dengan seni bina platform EV baharu itu, ia berpotensi untuk menghasilkan model dengan semua tetapan pacuan seperti pacuan roda belakang (RWD), pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD).

 

6

 

Menurut laporan Autocar, Ketua R&D Toyota, Hiroki Nakajima berkata bateri prismatik baharu Toyota juga boleh terbukti menjadi elemen penting dalam menghidupkan semula Celica.

Pek bateri itu akan dihasilkan dalam dua saiz, satu daripadanya hanya setinggi 100 mm dan akan diposisikan ke dalam lantai, sekaligus membolehkan Toyota menghasikan sebuah kereta sports elektrik.

 

Sumber: Autocar melalui Carscoops

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kali ini, berita tersebut datang sendiri daripada pengerusi Toyota, Akio Toyoda dalam satu temubual…
Informasi
"Dua botol plastik berkenaan akan dihantar kepada pakar bagi pengesahan lanjut. Siasatan lanjut…
Berita Global
Biarpun Toyota kini sudah pun mempunyai barisan kereta sports yang ampuh seperti GR Supra, GR…