CelcomDigi dan Yinson meterai perjanjian untuk kukuhkan ekosistem eMobiliti di Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di acara EVM Asia 2023, CelcomDigi Berhad dan Yinson Holdings Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bekerjasama membangunkan perkhidmatan inovatif dan infrastruktur bagi EV di Malaysia.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Melalui kerjasama itu, Yinson boleh memanfaatkan rangkaian 4G LTE dan 5G CelcomDigi untuk memperkukuhkan sambungan untuk chargEV, serta untuk rydeEV dan driveEV dalam ruang eMobiliti.

Kedua-dua syarikat juga akan bekerjasama untuk meneroka penyelesaian baharu yang inovatif bagi membolehkan pengguna terus berhubung sambil mempunyai akses lebih terhadap teknologi dipertingkat.

Ianya  termasuk perkhidmatan dan teknologi seperti eBikes, kenderaan elektrik, stesen pengecas EV dan infrastruktur solar integrasi .

 

2

 

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata melalui Pusat Inovasinya, mereka akan terus mengukuhkan komitmen sebagai pemboleh digital untuk rakyat Malaysia.

Di mana ia membawa inovasi dan penyelesaian IoT melangkaui perkhidmatan telekomunikasi untuk menghubungkan kehidupan di mana-mana dan meningkatkan gaya hidup digital rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Group, Lim Chern Yuan turut berkata, “Kesalinghubungan dan inovatif teknologi adalah asas kepada sistem pengangkutan yang cekap, bersih dan saksama di masa hadapan.”

“Untuk tujuan ini, kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan pengendali rangkaian mudah alih terbesar di Malaysia CelcomDigi, disokong dengan dasar progresif oleh kerajaan Malaysia.”

“Bersama-sama, kami berharap dapat meletakkan penyelesaian pengangkutan yang bersih dan bersepadu kepada rakyat Malaysia.”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi kerjasama itu, pelanggan kini boleh menyewa milik (lease-to-own) e-motosikal rydeEV, hanya…