CELCOMDIGI DAN YINSON GREENTECH BEKERJASAMA UNTUK MEMACU AKSES MAMPU MILIK PADA EV

oleh Firdaus Razani|
CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan Yinson GreenTech baru ini umum kerjasama menawarkan peluang pemilikan kenderaan elektrik (EV) kepada rakyat Malaysia menerusi langganan akaun pascabayar CelcomDigi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kerjasama itu, pelanggan kini boleh menyewa milik (lease-to-own) e-motosikal rydeEV, hanya dengan mendaftar mana-mana pelan 5G Pascabayar CelcomDigi dengan pelan ansuran Easy360.

Pada September lalu, tawaran itu dilancarkan setelah kedua-dua pihak memeterai MoU untuk meneroka pembangunan perkhidmatan dan infrastruktur EV bagi rakyat Malaysia serta penerapan tenaga hijau di Malaysia.

 

CELCOMDIGI

 

Majlis perlancaran yang turut dihadiri oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Aziz menyambut baik kerjasama merentasi industri untuk mencapai Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030), dan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020).

Beliau berkata “Saya berbesar hati untuk sekali lagi menyaksikan kerjasama merentasi industri yang pertama seumpamanya antara CelcomDigi dan Yinson GreenTech, bagi memacu akses mampu milik kepada EV, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia”.

CelcomDigi menawarkan pelanggan model langganan semua-dalam-satu yang mudah melalui pelan ansuran Easy360 dengan hanya perlu mendaftar untuk mana-mana pelan Pascabayar 5G CelcomDigi dan melanggan pelan ansuran Easy360.

Kadar sewaan e-motosikal mengikut pelan tersebut adalah, kadar rydeEV adalah pada RM299 sebulan (model Ryder) atau RM430 sebulan (model Hyper) selama 36 bulan.

 

CELCOMDIGI

 

Untuk model Ryder, ia mempunyai kelajuan maksimum 65km/j dan didatangkan dalam satu warna (merah), manakala model Hyper mempunyai kelajuan maksimum 90km/j dan didatangkan dalam tiga warna (merah, biru dan oren).

Kedua-dua model mempunyai purata jarak tunggangan sejauh 70km hingga 75km apabila dicas penuh, pada kelajuan 45km/j bergantung pada tunggangan.

 

CELCOMDIGI

 

Selain itu, manfaat pelan ansuran Easy360 juga termasuk bayaran pendahuluan RM0 untuk pelanggan yang layak, kadar faedah kosong peratus dan rebat pelan pascabayar RM10 selama 36 bulan.

Pelanggan juga dapat menikmati manfaat tambahan yang berkaitan EV sepanjang tempoh kontrak, termasuk:

• Pertukaran bateri tanpa had di stesen-stesen bateri yang terpilih (kini tersedia di Lembah Klang)

• Cukai jalan dan perlindungan insurans

• Penyelenggaraan motosikal (kecuali tayar).

 

Tambahan itu juga, pelanggan dapat menikmati RM2,400 untuk pembelian e-motosikal melalui skim rebat kerajaan iaitu Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas).

Pelanggan boleh menyemak kelayakan skim tersebut di https://marii.my/ev-incentive/ .

Pelanggan boleh mendaftar untuk e-motosikal rydeEV dengan pelan ansuran Easy360 di enam kedai CelcomDigi di seluruh Lembah Klang, dan bakal diperluaskan lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan lokasi pendaftaran, layari https://cd.link/rydeEV-offer dan https://rydeev-ygt.com/ untuk produk dan penyelesaian rydeEV.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui kerjasama itu, Yinson boleh memanfaatkan rangkaian 4G LTE dan 5G CelcomDigi untuk…