CATCH - Numina, KERB diumumkan pemenang bersama, dapat geran US$250 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Dua pasukan telah diumumkan sebagai pemenang bersama Cabaran Senibina Bandar untuk Masa Depan (CATCH) yang dianjurkan oleh Yayasan Mobiliti Toyota (TFM) pada tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang program CATCH berlangsung, enam peserta terakhir telah berjaya membangunkan dan menyerahkan Minimum Viable Products (MVP) untuk bandar Kuala Lumpur, meskipun terkesan dengan pandemik COVID-19 yang masih belum reda.

Dua pemenang tersebut adalah Numina (Amerika Syarikat) dan KERB (Australia) yang dipilih oleh juri berdasarkan lima kriteria seperti kreativiti, kesungguhan, keboleh-laksanaan, kemapanan dan teknikaliti.

 


Numina merupakan sebuah program yang mampu mengukur pergerakan manusia dan objek di dalam bandar, menganalisa data daripada penderia di lokasi utama trafik, seterusnya  memberikan perincian masa nyata untuk menjadikan pergerakan bandar yang lebih responsif.

KERB pula merupakan sebuah aplikasi penyelesaian parkir yang mampu mengendalikan parkir kenderaan secara automatik menerusi teknologi unik 'KERB box', dan turut membolehkan sewaan ruang awam atau persendirian kepada pelanggan yang memerlukan ruang parkir menerusi tempahan dan bayaran satu sentuhan.

 


Teknologi KERB box ini boleh membuka kunci ruang parkir yang kosong ketika waktu pejabat sekaligus mampu meningkatkan jumlah pilihan ruang parkir yang sedia ada, terutama di sekitar hab pengangkutan awam.

Dua pasukan yang menang ini akan menerima geran berjumlah US$250,000 (RM1.04 juta) sebagai sokongan kewangan dan akan meneruskan kerja-kerja pelaksanaan penyelesaian di Kuala Lumpur bersama rakan strategik termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program yang dilancarkan oleh TMF pada Februari 2020 itu bertujuan untuk mencari solusi berasaskan…
Berita Domestik
Ia merupakan pertandingan pertama seumpamanya di rantau ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan…