Toyota anjur CATCH tangani cabaran mobiliti ibu kota Kuala Lumpur

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Mobility Foundation (TMF) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melancarkan program City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan pertandingan pertama seumpamanya di rantau ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan di dalam perancangan bandar, serta memacu ke arah masa depan mobiliti yang lebih lestari. 

Kuala Lumpur dipilih untuk menjadi lokasi pertama dan tanda aras bagi pembangunan bandar generasi baru dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini.

Menerusi CATCH, para peserta akan diberikan tugasan untuk menyelesaikan cabaran mobiliti di Kuala Lumpur dalam tempoh lapan bulan serta membentangkan solusi dalam bentuk konsep, penyelesaian yang dinamik, pintar serta berasaskan data untuk merencana infrastruktur bandar di masa hadapan.
 


CATCH juga akan menyediakan data kepada peserta untuk memperkasakan mereka dalam usaha membangunkan penyelesaian yang akan dipilih, yang selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi. 

Rakan usaha sama bagi data ini terdiri daripada kedua-dua sektor awam dan swasta yang memiliki data berbeza berkaitan pergerakan pengguna, seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, PDRM, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit Corporation dan Prasarana Malaysia.

Menurut Presiden Sekretariat, Toyota Mobility Foundation, Shin Aoyama berkata; "TMF ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu berkaitan mobiliti di seluruh dunia, menggunakan pendekatan yang dipacu oleh kemapanan, inovasi dan kerjasama. 
 


"CATCH direka dengan kerjasama kerajaan Malaysia untuk menggalakkan campur tangan berasaskan data dengan tumpuan terhadap masyarakat bagi memperbaiki perancangan bandar serta ekosistem mobiliti," ujarnya lagi.

Untuk tujuan itu, TMF akan menyediakan geran bagi setiap peringkat pertandingan ini — bernilai sehingga US$1.5 juta keseluruhannya — untuk menyokong pasukan-pasukan yang ada, ke arah pembangunan dan ujian penyelesaian yang diusahakan di Kuala Lumpur. 

Peserta juga akan mendapat khidmat mentor, nasihat pakar serta program inkubasi.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang program CATCH berlangsung, enam peserta terakhir telah berjaya membangunkan dan…
Berita Domestik
Program yang dilancarkan oleh TMF pada Februari 2020 itu bertujuan untuk mencari solusi berasaskan…