Castrol cipta semula Castrol Magnatec dengan teknologi revolusi Dualock

oleh SALINA JALIL|
Selama lebih dari 20 tahun, Castrol Magnatec telah menawarkan pemilik kereta di Malaysia “Perlindungan berterusan dari saat enjin di hidupkan”, membantu menyelesaikan masalah kehausan enjin sewaktu enjin dipanaskan, dengan menyediakan lapisan tambahan perlindungan ke 'jantung' kereta.

Menyedari perubahan keadaan trafik di bandar hari ini yang mewujudkan tekanan tambahan kepada kehausan enjin, BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn. Bhd. telah melancarkan pelincir Castrol Magnatec generasi terbaru yang menampilkan Teknologi Dualock.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Keow Mei-Shan, Pengarah Pemasaran Castrol Malaysia dan Singapura, “Di Castrol, kami menyedari bahawa peningkatan kenderaan akan membawa kepada kesesakan lalu lintas yang lebih besar dan menyumbang  kepada masalah enjin mengalami lebih banyak kehausan semasa henti gerak. Ini melibatkan pembangunan dan ujikaji yang memakan masa selama 10 tahun, dan lebih daripada 3 juta kilometer pemanduan sebenar untuk memperkenalkan generasi baharu Castrol Magnatec. Formula Castrol Magnatec yang dicipta semula dengan Teknologi revolusi DualockTM dicipta khusus untuk keadaan pemanduan yang menimbulkan tekanan. Kami percaya bahawa pelancaran ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan Castrol sebagai peneraju di Malaysia.”

 

 

Bersempena dengan pelancaran Castrol Magnatec generasi baharu, Castrol Malaysia juga memulakan kempen ‘Unsung Hero’ untuk mengiktiraf mereka yang berada di belakang tabir di atas sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada masyarakat. Ini termasuk ibu bapa, mekanik, penjaga dan sukarelawan yang setia  dan melindungi jagaan mereka dengan penuh kasih dan rasa tanggungjawab tanpa mengharapkan apa-apa hadiah sebagai balasan. Sebuah program dan siri inisiatif dijangka akan diadakan dalam beberapa bulan akan datang.

 

Teknologi DualockTM  boleh didapati dalam  pelbagai lapisan produk Castrol MAGNATEC merentasi pelbagai viscometrik, menangani keperluan pasaran kereta penumpang rakyat Malaysia yang semakin berkembang di cawangan Castrol Auto Service dan bengkel kereta di seluruh Malaysia. Ia sesuai untuk kegunaan kenderaan petrol, diesel dan hibrid.

Berita Berkenaan

Pelancaran
Empat pilihan baru yang diperkenalkan ialah Castrol POWER1 Cruise 4T 15W-50 1L, Castrol POWER1…
Berita Domestik
Pasukan teratas yang dianggotai oleh Saravanan A/L Sivarau, Tee Kok Jing dan Sivananthan A/L…
Berita Domestik
Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing disandang oleh kumpulan mekanik daripada Wilayah Selatan…